Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Tender terbuka bukan cari termurah, tapi terbaik – Douglas
  • SEMASA

DUN: Tender terbuka bukan cari termurah, tapi terbaik – Douglas

Utusan Sarawak 3 days ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan DUN Sarawak. Foto UKAS

PETRA JAYA: Pelaksanaan sistem tender terbuka dalam perolehan perkhidmatan perunding disifatkan sebagai asas penting ke arah meningkatkan kecekapan pentadbiran dan pengurusan kewangan Kerajaan Sarawak, sekali gus memperkukuh keyakinan rakyat terhadap tadbir urus negeri.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru (II) Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata sistem tender terbuka tidak hanya bertujuan mendapatkan bidaan paling murah, tetapi lebih kepada menilai cadangan terbaik secara menyeluruh, termasuk aspek teknikal, keupayaan perunding dan rekod prestasi.

“Kita bukan mencari yang paling murah, tetapi yang paling berbaloi dari segi pendekatan teknikal yang kukuh dan kos yang munasabah.

“Proses ini memberi peluang sama rata kepada semua perunding yang layak, menggalakkan persaingan sihat serta peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini, sebagai respons terhadap isu dibangkitkan oleh Dato Ir. Lo Khere Chiang (GPS – Batu Kitang), dan Ir. Christopher Gira Sambang (GPS – Tamin) berkaitan proses perolehan dan yuran profesional dalam sektor perundingan.

Tambah Douglas, penilaian tender dibuat menggunakan pendekatan dua sampul, di mana aspek teknikal dinilai terlebih dahulu sebelum pertimbangan harga, bagi memastikan hanya perunding yang benar-benar kompeten diberikan kontrak.

“Kita utamakan merit. Cadangan yang kukuh dari segi teknikal mesti lulus dahulu, barulah harga dikaji. Ini penting untuk menjamin kualiti perkhidmatan,” tegasnya.

Beliau turut menekankan bahawa sistem tender terbuka berperanan besar dalam membina kapasiti perunding tempatan, termasuk firma baharu, menerusi kerjasama strategik dan pemindahan pengetahuan.

“Tender terbuka memberi ruang kepada firma tempatan berkembang dan dalam banyak kes, menggalakkan kolaborasi strategik yang menyumbang kepada pembangunan industri,” katanya.

Menurut beliau lagi, pelaksanaan sistem itu adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri dan persekutuan, termasuk Manual Perolehan Perkhidmatan Perunding Kerajaan Negeri Sarawak dan Pekeliling Perbendaharaan Persekutuan PK 3.6.

“Ini bukan hanya dasar negeri tetapi juga sejajar dengan dasar persekutuan. Kita pastikan semua perolehan dibuat mengikut garis panduan yang sah dan telus.

“Tender terbuka bukan sekadar formaliti pentadbiran, tetapi tunjang kepada tadbir urus yang baik, kecemerlangan profesional, dan tanggungjawab fiskal,” jelasnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kementerian Hal Ehwal Islam Saudi agih lebih 2,400 buku pelbagai bahasa kepada jemaah haji
Next: DUN: Ekonomi Sarawak terus mampan, sektor perkhidmatan pemacu utama 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.