Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Tambah menteri bukan penyelesaian, cuma menutup kegagalan mereka – Violet Yong
  • SEMASA

DUN: Tambah menteri bukan penyelesaian, cuma menutup kegagalan mereka – Violet Yong

Utusan Sarawak 13 hours ago
BANTAH… Violet Yong Wui Wui ketika sesi perbahasan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sarawak 2025. Foto UKAS

PETRA JAYA: Cadangan menambah sehingga empat lagi menteri dalam kabinet Sarawak disifatkan sebagai langkah ‘menutup masalah’, bukan menyelesaikannya, apabila Violet Yong Wui Wui (Pending-DAP) meledakkan kritikan keras terhadap alasan kerajaan bahawa menteri kini ‘terlalu terbeban’ dengan tugas.

Dalam perbahasan yang menghangatkan suasana Dewan, Violet mempersoalkan bagaimana kerajaan boleh mendakwa kekurangan menteri sedangkan Sarawak sudah mempunyai 27 timbalan menteri, yang jumlahnya tidak dihadkan langsung oleh Perlembagaan.

“Kalau timbalan menteri boleh dilantik tanpa had, kenapa tambah menteri? Adakah kerajaan sebenarnya mengakui timbalan menteri tidak berfungsi? Atau kabinet sendiri gagal mendelegasi?, ” katanya, sebelum menyindir bahawa alasan beban kerja hanyalah ‘dalih politik yang nipis dan semakin sukar dipercayai’. 

Violet menempelak logik kerajaan yang mendakwa ucapan penggulungan panjang kerana menteri memegang terlalu banyak portfolio, sambil menyatakan masalah itu bukan beban tetapi tabiat kementerian yang suka membaca laporan tahunan di dalam Dewan.

“Ucapan panjang bukan sebab portfolio banyak. Ucapan panjang sebab kementerian pilih untuk baca semua benda. Jangan salahkan struktur kalau masalahnya gaya kerja,” katanya.

Serangan paling keras datang apabila Violet menamakan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai contoh nyata kelemahan kepimpinan, walaupun kementerian itu mempunyai dua timbalan menteri dan disokong 29 pihak berkuasa tempatan.

“Dengan jentera besar begitu pun hospital tak selesai, isu berlarutan bertahun, longkang tersumbat, banjir kilat, aduan rakyat tidak dipedulikan. Ini bukan beban, ini kegagalan kepimpinan,” katanya lantang.

Beliau menegaskan bahawa jika menteri tidak mampu melaksanakan tugas walaupun dibantu timbalan dan jabatan, maka penyelesaian paling wajar bukan menambah menteri, tetapi menukar menteri yang gagal.

“Sarawak bukan perlukan lebih ramai menteri. Sarawak perlukan menteri yang boleh bekerja,” katanya sambil menyindir bahawa ada menteri lebih aktif berpolitik daripada mengurus kementerian sendiri.

Violet turut memberi amaran bahawa penambahan menteri hanya ‘membesarkan kabinet tanpa menambah keberkesanan, selain beban kewangan seperti elaun, pejabat, pegawai dan kenderaan yang akhirnya ditanggung rakyat.

“Kalau timbalan menteri hanya dijadikan pasu bunga, jangan pula tambah menteri untuk tutup ketidakcekapan,” katanya.

Dengan nada tegas, Violet mengumumkan bahawa DAP tidak akan menyokong rang undang-undang tersebut selagi struktur pentadbiran tidak diperbaiki dan prestasi menteri tidak diperbetulkan.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Keperluan percepatkan keputusan dorong cadangan tambah ahli MMKN
Next: DUN: Jurang pembangunan luar bandar jadi fokus penambahbaikan – Dennis Ngau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.