Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: SPR laksana kajian selepas pindaan tambah kerusi Parlimen Sarawak, Sabah
  • SEMASA

DUN: SPR laksana kajian selepas pindaan tambah kerusi Parlimen Sarawak, Sabah

Utusan Sarawak 6 months ago

Sharifah Hasidah ketika sesi soal-jawab lisan di sidang DUN hari ini. Foto HERRIEY NAHA

PETRA JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melaksanakan kajian terperinci setelah pindaan dibuat untuk menambah bilangan kerusi Parlimen di Sarawak dan Sabah.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata ini selaras dengan Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan bagi urusan persempadanan semula.

Katanya, jika tuntutan 35 peratus kuota kerusi Parlimen bagi kedua-dua negeri ini dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan, maka cadangan itu seterusnya akan melibatkan pindaan terhadap Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan jumlah kerusi bagi setiap negeri.

“Kerajaan Sarawak akan terus komited terhadap tuntutan pertambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak dalam mencapai perwakilan yang lebih adil di dalam Dewan Rakyat.

“Kerajaan Persekutuan juga telah mengambil beberapa langkah positif dalam memberi perhatian kepada tuntutan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dato Fazzrudin Abdul Rahman (GPS-Tupong) di persidangan DUN di sini, hari ini.

Terdahulu, Fazzrudin bertanya berkenaan landasan tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen dari Sabah dan Sarawak dan langkah-langkah yang diambil kerajaan Sarawak untuk mencapai hak tersebut.

Sharifah Hasidah berkata semasa mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 yang diadakan pada 12 September lalu, mesyuarat telah dimaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara perlu meneliti semula perkara ini dari sudut perundangan.

”Selepas itu, perbincangan akan diadakan semula antara Jabatan Peguam Negara dengan Jabatan Peguam Besar Sarawak dan Jabatan Peguam Besar Sabah.

”Perbincangan antara tiga pihak ini adalah untuk meneliti tafsiran terma ‘safeguard’ (perlindungan perlembagaan) kepada Sarawak dan Sabah seperti terkandung dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962 dari sudut aspek perundangan,” katanya.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof berkata pelaksanaan bagi pertambahan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak hanya dimuktamadkan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan.

Katanya, ini berikutan beberapa aspek perundangan perlu diteliti terlebih dahulu sebelum dapat dipinda di Dewan Rakyat. 

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak bekerjasama Putrajaya untuk bangunkan hab aeroangkasa, semikonduktor
Next: DUN: Sarawak kini mengawal penuh sumber asli dan alam sekitar negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.