Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Sokong belanjawan berhemat, Wilfred Yap cadang ‘Jalan Hakka’
  • SEMASA

DUN: Sokong belanjawan berhemat, Wilfred Yap cadang ‘Jalan Hakka’

Utusan Sarawak 3 weeks ago
WILFRED Yap Yau Sin (Kota Sentosa–GPS) ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026), pada persidangan DUN ke-19, di Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Penjenamaan sebuah jalan sebagai ‘Jalan Hakka’ bukan sahaja dijangka mengukuhkan identiti bandar Kuching, malah mampu menambah tarikan pelancongan warisan dengan kos minima.

Wilfred Yap Yau Sin (Kota Sentosa–GPS) menegaskan sokongan padu terhadap pendekatan berhemat kerajaan negeri sambil mencadangkan pengiktirafan komuniti Hakka melalui penamaan jalan berkenaan.

“‘Jalan Hakka’ boleh menjadi titik rujukan baharu bagi pelancongan budaya, sekali gus menyerlahkan warisan dan sejarah komuniti Hakka dalam landskap bandar Kuching,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 pada Persidangan hari ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang ke-19, di sini, hari ini.

Wilfred Yap turut mengulas cadangan agar sebuah jalan berhampiran Hakka Avenue dinamakan secara rasmi sebagai penghargaan kepada komuniti Hakka.

“Penamaan ‘Jalan Hakka’ bukan sekadar simbolik. Ia merupakan penghargaan terhadap sumbangan besar komuniti Hakka yang telah membantu membentuk kemajuan negeri.

“Komuniti Hakka telah memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang termasuk pertanian, perdagangan, pendidikan, keusahawanan dan kepimpinan masyarakat, justeru pengiktirafan ini adalah amat wajar,” ujarnya.

Oleh Norman B.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Jepak Waterfront bakal jadi mercu tanda baharu Bintulu, pacu ekonomi dan rekreasi
Next: Dr. Sim terima kunjungan hormat delegasi ACCCIS di DUN Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.