Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • DUN Simanggang mampu maju dengan kerjasama semua pihak
  • Selatan
  • WILAYAH

DUN Simanggang mampu maju dengan kerjasama semua pihak

Utusan Sarawak 3 weeks ago
BERSAMA RAI AIDILFITRI… Datuk Francis Harden Hollis merasmikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025 anjuran gabungan lapan JKKK di Dewan Suarah Sri Aman, semalam. Foto Adi Safarman

SIMANGGANG: Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis menggesa semua pihak termasuk Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang agar terus bekerjasama rapat dengan wakil rakyat dalam usaha membangunkan kawasan berkenaan.

Menurut beliau, kerjasama padu daripada semua lapisan masyarakat, khususnya KMKK, amat penting dalam merealisasikan visi menjadikan Bahagian Sri Aman, khususnya DUN Simanggang, sebagai kawasan yang maju dari pelbagai aspek.

“Masih banyak yang perlu dilakukan untuk membangunkan kawasan luar bandar di sini. Tumpuan utama pastinya kepada usaha menyediakan, memulihkan, dan menaik taraf infrastruktur serta kemudahan asas yang amat diperlukan rakyat,” katanya.

Projek Mercu Tanda: Jambatan Batang Lupar II

Antara projek utama yang sedang dilaksanakan ialah pembinaan Jambatan Batang Lupar II, yang dijangka siap, tahun depan.

“Jambatan ini akan mencapai ketinggian 145.5 meter, setara dengan bangunan 45 tingkat, dan panjang 870 meter. Ia bakal menjadi jambatan kabel tertinggi di Malaysia dan menjadi mercu tanda utama bukan sahaja bagi Sri Aman, malah Sarawak dan Malaysia secara keseluruhan,” jelas beliau.

Projek Tebingan Terpanjang Sarawak

Datuk Francis Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang turut memaklumkan mengenai satu lagi projek yang dinanti-nantikan rakyat, iaitu projek sambungan Tebingan Batang Lupar (waterfront extension).

“Apabila siap kelak, Tebingan Sri Aman ini akan menjadi tebingan terpanjang di Sarawak, sepanjang dua kilometer, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Ini adalah bukti usaha kerajaan Sarawak yang diketuai oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Kita harus berterima kasih atas keprihatinan beliau,” katanya lagi.

Penyerahan Cek MRP

Pada majlis tersebut, beliau turut menyempurnakan penyerahan replika cek bagi Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah keseluruhan RM120,000 kepada 15 penerima.

Turut hadir pada majlis itu ialah wakil Pegawai Daerah Sri Aman Joshua Martin Jantan, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis Ketua Kampung Shaibi Bakir, Pemanca Lee Siang Hua, Pemanca Denneil Saweng, dan Timbalan Ketua Cawangan PBB Simanggang Hamzah Uthman.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Liputan telekomunikasi lemah dibangkitkan pada dialog bersama SKMM
Next: Limpahan kumbahan: ADUN Tanjong Batu desak tindakan segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.