Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Semua 1,106 perkhidmatan kerajaan Sarawak diakses dalam talian menjelang 2030 – Abang Johari
  • SEMASA

DUN: Semua 1,106 perkhidmatan kerajaan Sarawak diakses dalam talian menjelang 2030 – Abang Johari

Utusan Sarawak 3 days ago

Foto UKAS

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak menyasarkan semua 1,106 perkhidmatan kerajaan boleh dicapai sepenuhnya secara dalam talian menjelang 2030, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak berkata transformasi digital akan meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Setakat tahun lalu, sebanyak 55 peratus perkhidmatan kerajaan negeri telah berjaya didigitalisasikan.

“Dalam usaha kita menjadi wilayah berpendapatan tinggi dan maju, pendigitalan membolehkan kita menyampaikan perkhidmatan dengan lebih cepat, mengurangkan kerenah birokrasi, membuat keputusan berdasarkan data serta memudahkan urusan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan di akhir sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di sini, hari ini.

Abang Johari berkata langkah tersebut merupakan tonggak penting dalam usaha memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam ke arah yang lebih cekap, pantas dan telus.

Katanya, ini akan membawa kepada kecekapan yang lebih tinggi serta produktiviti yang lebih baik dalam penyampaian perkhidmatan.

“Usaha memperkukuh kemahiran penjawat awam juga terus diperkasa melalui kolaborasi strategik bersama institusi antarabangsa seperti Harvard, Cambridge, LSE, Oxford dan Lee Kuan Yew School of Public Policy,” katanya.

Beliau turut menyatakan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam menanam nilai integriti dan tadbir urus baik dalam kalangan penjawat awam dengan Sarawak kini diiktiraf sebagai negeri tertinggi di Malaysia dari segi bilangan Pegawai Integriti yang bertauliah.

“Akhirnya, kita ingin membina sebuah masyarakat Sarawak yang teguh, di mana kepercayaan, kejujuran dan akauntabiliti menjadi panduan setiap tindakan dan keputusan,” katanya.

Oleh MASRIN AFFIRAH

Continue Reading

Previous: DUN: Petronas perlu bekerjasama dengan Petros untuk projek di Sarawak babitkan kongsi a/bangsa 
Next: Malaysia bakal muncul sebagai destinasi utama pelancongan perubatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.