Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: SCaTFair terus jadi platform utama padankan graduan Sarawak dengan keperluan industri semasa
  • SEMASA

DUN: SCaTFair terus jadi platform utama padankan graduan Sarawak dengan keperluan industri semasa

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Francis Harden Hollis ketika menjawab soalan lisan daripada Dayang Noorazah Awang Sohor (GPS–Lingga) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, hari ini.

PETRA JAYA: Penganjuran tahunan Sarawak Career and Training Fair (SCaTFair) terus menjadi platform utama kerajaan dalam memadankan graduan tempatan dengan keperluan industri semasa, menerusi kerjasama strategik bersama pelbagai agensi berkaitan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis, berkata usaha ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri untuk memastikan sistem pendidikan di Sarawak seiring dengan permintaan pasaran pekerjaan masa kini.

“Melalui SCaTFair, kita bukan sahaja menyampaikan maklumat mengenai peluang kerjaya dan pendidikan kepada belia serta graduan, malah turut memperkasa mereka untuk membuat keputusan yang tepat demi masa depan,” katanya ketika menjawab soalan lisan daripada Dayang Noorazah Awang Sohor (GPS–Lingga) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, hari ini.

Tambahnya, penganjuran SCaTFair turut melibatkan kerjasama strategik dengan agensi utama seperti Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Sarawak Skills, Centre for Technology Excellence Sarawak (CENTEXS), Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), Petronas, dan Petros.

“Melalui kerjasama ini, kita dapat memastikan graduan Sarawak dilengkapi dengan kemahiran yang selari dengan keperluan industri semasa,” jelasnya.

Menjawab pertanyaan tambahan berhubung jaminan latihan yang relevan dan mudah diakses, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, ekonomi digital dan agro-industri, Francis berkata kerajaan negeri turut menekankan pendekatan latihan praktikal yang menyeluruh.

“Kita memberi keutamaan kepada kaedah pembelajaran berasaskan amali bagi membina kemahiran teknikal dan pemikiran kritikal,” ujarnya.

Beliau menjelaskan bahawa pelbagai inisiatif telah dilaksanakan, termasuk Industry Technology Outreach Programme (ITOP), Community Technology Outreach Programme (COP), Village Transformation Programme (VTP), kerjasama industri serta penggunaan unit latihan bergerak, bagi menyampaikan latihan berimpak tinggi ke kawasan luar bandar.

“Inisiatif-inisiatif ini memastikan seluruh rakyat Sarawak, tanpa mengira lokasi, dapat menyertai serta menikmati manfaat daripada pertumbuhan ekonomi berasaskan teknologi tinggi yang sedang dibangunkan oleh kerajaan negeri,” tegasnya.

Oleh Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak laksana sistem permit ketat lindungi hutan bakau
Next: DUN: Jumlah sebenar kerusi tambahan untuk Sarawak, persempadanan semula belum dimuktamadkan – Sharifah Hasidah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.