Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Sasaran menjadikan Sarawak sebagai ‘wilayah bandar’ menjelang 2030 
  • TEMPATAN

DUN: Sasaran menjadikan Sarawak sebagai ‘wilayah bandar’ menjelang 2030 

Utusan Sarawak 2 hours ago

JELASKAN... Tan Sri William Mawan semasa perbahasan Belanjawan 2026 pada sidang DUN, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Sarawak menyasarkan untuk menghapuskan sepenuhnya semua klasifikasi ‘luar bandar’ menjelang 2030, menjadikan negeri ini ‘wilayah bandar’ sepenuhnya dalam tempoh lima tahun akan datang.

Tan Sri William Mawan (Pakan-GPS) berkata inisiatif besar itu digariskan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang mahu perubahan berskala besar dilakukan untuk menaik taraf persekitaran luar bandar sehingga mencapai standard kawasan bandar.

“Ini bermakna tidak ada lagi kawasan di Sarawak akan diklasifikasikan sebagai luar bandar.

” Langkah-langkah khusus akan diambil bagi menyokong transformasi kawasan yang sebelum ini dikenali sebagai luar bandar kepada apa yang akhirnya menjadi ‘urban’,” katanya semasa perbahasan Belanjawan 2026 pada sidang DUN, hari ini.

Beliau berkata pendekatan menyeluruh yang diambil kerajaan negeri telah menunjukkan kemajuan ketara dalam menyempitkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar, termasuk di kawasannya di Pakan.

Menurutnya, tumpuan baharu terhadap pembangunan ekonomi luar bandar, pemodenan pertanian, peningkatan infrastruktur asas dan penyediaan peluang ekonomi setara kini menjadi teras kepada strategi kerajaan.

“Pendekatan ini memastikan pembangunan inklusif dapat dilaksanakan dan pengagihan kekayaan lebih adil dinikmati semua lapisan masyarakat,” katanya.

Mawan turut memuji komitmen kerajaan negeri untuk memperkasa komuniti luar bandar melalui penyertaan aktif dalam perancangan pembangunan, selaras dengan konsep ‘participatory economics’ yang dibangkitkan Premier Sarawak dalam beberapa siri ucapan sebelum ini.

Beliau berkata transformasi yang sedang dijalankan memberi keyakinan baharu kepada penduduk luar bandar bahawa peranan mereka dalam ekonomi negeri semakin berkembang seiring kemajuan Sarawak menuju 2030.

“Sarawak kini berada pada trajektori pembangunan yang memberangsangkan, dengan kemajuan seiring antara kawasan bandar dan luar bandar. Komitmen kepada kelestarian dan pembangunan sosial menjadi asas perancangan negeri,” katanya.

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: Dr. Sim terima kunjungan hormat Guo Ningning dari CPC Fujian
Next: Pelancong belanja lebih RM10 bilion di Sarawak antara Jan-Okt 2025, catatan tertinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.