Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Sarawak umum lapan Regata tahun depan
  • SEMASA

DUN: Sarawak umum lapan Regata tahun depan

Utusan Sarawak 24 hours ago
DATUK Sebastian Ting Chiew Yew semasa menjawab soalan lisan Mohamad Duri (GPS – Kalaka) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19, hari ini.

PETRA JAYA: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak telah menyenaraikan lapan acara regatta dalam Kalendar Pelancongan Sarawak 2025, sebagai usaha merancakkan sektor pelancongan domestik dan antarabangsa.

Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, berkata penganjuran regatta bukan sahaja memperkukuh identiti budaya serta tradisi sukan air negeri, malah berperanan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi tempatan melalui peluang perniagaan yang tercipta sepanjang penganjuran acara.

“Penganjuran regatta mampu menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara.

“Ini secara langsung memberi impak positif kepada ekonomi setempat, termasuk kepada penjaja makanan, pengusaha kraftangan, penyedia perkhidmatan pengangkutan, pengusaha inap desa serta sektor hospitaliti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan lisan Mohamad Duri (GPS – Kalaka) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19, hari ini.

Antara acara regatta yang tersenarai dalam kalendar pelancongan Sarawak tahun depan termasuk Pesta Saratok (11–13 Julai), Pesta Sebauh (19–20 Julai), Regatta Belaga (3–10 Ogos), Regatta Baram (18–21 September), Pesta Besaug Dalat (26–28 September), Regatta Telaga Air (3–5 Oktober), Sarawak Regatta – Kuching Waterfront Festival (31 Oktober–2 November), dan Regatta Lingga (28–30 November).

Sebastian turut memaklumkan bahawa penganjuran regatta ini disokong melalui Dana Geran Acara Pelancongan, yang boleh dimohon oleh penganjur tertakluk kepada garis panduan serta kelulusan daripada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS).

Dalam pada itu, Sebastian turut mengumumkan penubuhan Divisional Tourism Task Group (DTTG) di peringkat bahagian bagi menyelaras projek pelancongan termasuk regatta, di samping menggalakkan penglibatan masyarakat setempat melalui aktiviti sampingan seperti karnival makanan, jualan produk tempatan, pakej inap desa dan pelancongan komuniti.

Aspek keselamatan juga diberi keutamaan, melibatkan penilaian fizikal sungai serta penubuhan pasukan keselamatan yang terdiri daripada agensi seperti LSS, Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Peserta juga diwajibkan memakai jaket keselamatan sepanjang acara berlangsung.

Oleh Masrin Affirah & Norman B.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Petros bukan ancaman, tapi lambang Persekutuan matang – Senator Ahmad Ibrahim
Next: DUN: Sarawak dijangka muktamadkan pengambilalihan MASWings menjelang 31 Disember

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.