Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • DUN: Sarawak terus perkasa kemudahan sukan inklusif untuk komuniti
  • SUKAN

DUN: Sarawak terus perkasa kemudahan sukan inklusif untuk komuniti

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan kementeriannya pada Persidangan DUN ke-19 hari ini. Foto Ukas

PETRA JAYA: Sarawak terus memperkukuh pembangunan kemudahan sukan dan sosial seluruh negeri dengan siapnya 38 projek di bawah RMK12 bernilai RM116.95 juta dalam tempoh lima tahun, sebagai usaha memastikan fasiliti yang inklusif, moden dan bertaraf dunia dapat dinikmati rakyat.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tiga projek utama disiapkan pada 2025 melibatkan kerja naik taraf Kompleks Sukan Pakan (RM1 juta), Kompleks Sukan Bintangor (RM2.5 juta) dan Kolam Renang Kapit (RM500,000).

“Kerajaan negeri komited untuk menyediakan fasiliti sukan yang bukan sahaja bertaraf dunia tetapi juga mampu dinikmati semua lapisan masyarakat. Ini penting bagi mewujudkan komuniti yang sihat, aktif dan inklusif di seluruh Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan pada Persidangan DUN ke-19 di sini, hari ini.

Beliau menambah, 13 Projek Rakyat dengan peruntukan RM88.97 juta turut diserahkan setakat ini, termasuk Arena Sukan Bau dan Stadium Terbuka Song, bagi memastikan rakyat di pelbagai kawasan mendapat akses kepada kemudahan sukan yang berkualiti.

“Melangkah ke hadapan, di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kementerian akan melaksanakan 38 projek baharu dengan peruntukan keseluruhan RM387.73 juta, merangkumi 14 projek sambungan dari RMK12, 13 projek sambungan Projek Rakyat, serta 11 projek baharu menaik taraf fasiliti Sukan SEA,” tambahnya.

Projek baharu bernilai RM252 juta itu merangkumi Stadium Sarawak, Stadium Perpaduan, Litar Menembak Sarawak, Pusat Skuasy Sarawak, Padang Kriket dan Ragbi, Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Litar Memanah Sarawak, Arena Lawn Bowl, Gelanggang Tenis Padang Sarawak, Pusat Petanque Sarawak serta Pusat Latihan Wushu.

Kerja penaiktarafan besar turut dijalankan di Dewan Suarah Sibu meliputi aspek seni bina, struktur, mekanikal dan elektrikal bernilai RM16.2 juta yang dijangka siap pada suku ketiga 2027.

Dewan Suarah Samarahan, Kapit dan Limbang pula akan melalui kerja baik pulih bumbung masing-masing bernilai RM5 juta.

Bagi membangunkan sukan bola sepak, RM7.05 juta diluluskan bagi menaik taraf Stadium Negeri sebagai gelanggang rasmi Kuching City FC termasuk kerja baik pulih tempat duduk, kemudahan, pintu masuk tiket baharu, skrin LED luar dan sistem pencahayaan LED terkini.

Dalam pada itu, RM500,000 turut disalurkan kepada Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) untuk menaik taraf padang bola sepak di stadium tersebut.

Abdul Karim menegaskan, keseluruhan projek ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri untuk mewujudkan masyarakat yang sihat, berdaya saing dan inklusif melalui kemudahan berkualiti tinggi yang memberi manfaat kepada rakyat di semua peringkat, di bandar mahupun luar bandar.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak bersiap pertahan gelaran juara SUKMA, perkemas pembangunan atlet dan jurulatih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.