Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Sarawak sasar 100 peratus jaringan jalan raya siap menjelang 2030, 18 jambatan utama siap hujung tahun ini
  • TEMPATAN

DUN: Sarawak sasar 100 peratus jaringan jalan raya siap menjelang 2030, 18 jambatan utama siap hujung tahun ini

Utusan Sarawak 4 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan ucapan penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Sarawak menyasarkan mencapai 100 peratus jaringan jalan raya di seluruh negeri menjelang 2030 bagi memastikan setiap komuniti termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman menikmati akses pembangunan lebih baik.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembangunan infrastruktur kekal menjadi tulang belakang utama transformasi Sarawak dalam menghubungkan rakyat, merancakkan ekonomi serta meningkatkan mobiliti antara kawasan bandar dan luar bandar.

Katanya, perubahan ketara yang berlaku hari ini membuktikan keberkesanan pelaksanaan projek infrastruktur utama kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu.

“Saya masih ingat dahulu perjalanan ke Simanggang boleh mengambil masa enam hingga tujuh jam.

“Namun hari ini keadaan sudah berubah dengan begitu ketara sehingga kita boleh bersarapan di sana dan pulang semula ke Kuching untuk makan tengah hari,” katanya ketika menggulung perbahasan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Abang Johari berkata transformasi itu dicapai menerusi pelaksanaan pelbagai projek strategik termasuk Program Ketersambungan Rangkaian Jalan Pesisir dan Jalan Utama Kedua yang kini menjadi pemangkin pembangunan negeri.

Menurutnya, sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), kerajaan Sarawak melaksanakan pembinaan 21 jambatan utama di seluruh negeri sebagai sebahagian transformasi infrastruktur terbesar dalam sejarah Sarawak.

Daripada jumlah itu katanya, 10 jambatan telah siap dan dibuka kepada orang ramai sekali gus menggantikan enam perkhidmatan feri yang sebelum ini menjadi rutin harian masyarakat setempat.

“Menjelang akhir tahun ini, lapan lagi jambatan dijangka siap.Ini bermakna lebih banyak kawasan akan dihubungkan secara lebih pantas dan selesa tanpa perlu lagi bergantung kepada feri,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata pembukaan Jambatan Batang Lupar 1 di Sebuyau esok bakal menjadi detik bersejarah kepada rakyat Sarawak khususnya penduduk di kawasan pesisir.

Menurutnya, jambatan sepanjang 4.8 kilometer itu merupakan jambatan merentasi sungai terpanjang di Malaysia dan bakal menamatkan perkhidmatan feri Triso.

“Dengan ada jambatan ini, rakyat dapat balik kampung dengan lebih mudah sempena Aidiladha dan Hari Gawai.Tidak perlu tunggu feri lagi,” katanya.

Abang Johari berkata, di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030, kerajaan negeri mahu memastikan setiap kawasan di Sarawak dihubungkan dengan jaringan jalan raya yang lengkap bagi membuka akses kepada peluang ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan asas.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata sembilan Agensi Pembangunan Wilayah (RDA) yang diwujudkan kerajaan negeri kini sedang menyelaras lebih 2,000 projek pembangunan di seluruh Sarawak melibatkan nilai RM13.5 bilion.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut kira-kira 900 projek telah berjaya disiapkan termasuk melibatkan jalan raya, bekalan air, elektrik dan kemudahan asas luar bandar.

“Pembangunan mesti dirasai oleh semua, bukan hanya di bandar. Sebab itu kerajaan GPS memastikan hasil dan kekayaan Sarawak dikembalikan semula kepada rakyat menerusi pembangunan menyeluruh,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: DUN: Infrastruktur Sarawak diperkasa, jurang bandar-luar bandar dirapatkan
Next: DUN: Sarawak perkukuh agenda infrastruktur hijau, mampan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.