Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Sarawak rangka pelan induk pelabuhan menyeluruh, tubuh SarPA sebagai penyelaras utama
  • SEMASA

DUN: Sarawak rangka pelan induk pelabuhan menyeluruh, tubuh SarPA sebagai penyelaras utama

Utusan Sarawak 17 hours ago
DATO Majang menjawab pertanyaan Johnny Pang Leong Ming (GPS – Tanjong Batu) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, hari ini.

PETRA JAYA: Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) kini sedang merangka satu Pelan Induk Pelabuhan Sarawak yang menyeluruh bagi menetapkan hala tuju strategik pembangunan pelabuhan di seluruh negeri.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Dato Majang Renggi, berkata pelan induk ini akan diselaraskan berdasarkan dasar pertumbuhan wilayah secara berkelompok yang merangkumi kawasan utara, tengah dan selatan Sarawak.

“Bagi tujuan ini, sebuah pasukan penasihat serta jawatankuasa petugas khas telah ditubuhkan untuk merangka pelan tersebut dengan mengambil kira input daripada pelbagai pihak berkepentingan.

“Selain itu, ia turut membuat penanda aras terhadap amalan terbaik di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Johnny Pang Leong Ming (GPS – Tanjong Batu) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, hari ini.

Majang menjelaskan, pelan induk itu akan menggariskan inisiatif strategik dan keutamaan pembangunan sektor pelabuhan di Sarawak, yang diselaraskan dengan penubuhan Lembaga Pelabuhan Sarawak (SarPA).

“Penubuhan SarPA bertujuan menyelaras tadbir urus pelabuhan secara menyeluruh dengan menyatukan semua fungsi pihak berkuasa pelabuhan sedia ada di bawah satu entiti pusat,” tambahnya.

Menurut Majang, SarPA akan bertindak sebagai badan kawal selia utama bagi semua pelabuhan di negeri ini, di samping bertanggungjawab menggubal dasar, menyelaras pembangunan, serta memastikan tadbir urus pelabuhan yang cekap dan seragam.

Katanya lagi, kementerian akan terus menjalankan libat urus secara aktif bersama semua pihak berkepentingan, termasuk agensi kerajaan, pengendali terminal dan pemain industri, bagi memastikan pelan induk yang dibentuk memenuhi keperluan unik setiap pelabuhan di Sarawak.

“Melalui pendekatan libat urus inklusif serta penilaian berasaskan data dan lokasi, strategi pembangunan pelabuhan Sarawak akan lebih responsif terhadap keperluan tempatan dan mampu bersaing di peringkat serantau,” ujarnya.

Oleh Amanda L. & Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Projek KUTS Fasa 1 Capai 29.89 peratus kemajuan setakat April
Next: DUN: 55,184 individu berpendapatan rendah terima bantuan RM98.8 juta sehingga April

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.