Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Sarawak rancang Larian Obor Sukan SEA 2027 seluruh negeri, semarak semangat temasya
  • SEMASA

DUN: Sarawak rancang Larian Obor Sukan SEA 2027 seluruh negeri, semarak semangat temasya

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Gerald Rentap Jabu, bercakap pada sesi soal-jawab di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

PETRA JAYA: Sarawak merancang untuk menganjurkan Larian Obor Sukan SEA 2027 di bahagian lain sebagai usaha mempromosikan temasya tersebut dan menyemarakkan keterujaan masyarakat di seluruh negeri pada masa akan datang.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Belia, Sukan dan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu, inisiatif itu merupakan langkah inklusif bagi memastikan semangat Sukan SEA turut dirasai masyarakat di luar Kuching walaupun penganjuran acara sukan hanya tertumpu di ibu negeri.

“Buat julung kalinya dalam sejarah, Sarawak dipilih sebagai tuan rumah bersama Sukan SEA 2027 dan sekretariat MASOC telah memutuskan untuk menumpukan penganjuran 17 jenis sukan di Kuching sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ding Kuong Hiing (Meradong-GPS) pada persidangan hari keempat Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang ke-19, di sini, hari ini.

Jelas beliau, pemilihan Kuching dibuat selepas kajian mendalam terhadap infrastruktur sukan yang sedia ada dan disokong oleh lokasi yang memenuhi spesifikasi antarabangsa.

“Kerja-kerja naik taraf akan turut dilaksanakan ke atas beberapa kemudahan utama supaya menepati, malah berpotensi melebihi, piawaian temasya Sukan SEA.

“Penumpuan lokasi penganjuran di Kuching adalah berdasarkan faktor strategik dan teknikal, termasuk sistem pengangkutan serta kemudahan hotel yang lebih maju bagi memastikan kelancaran pergerakan atlet, pegawai dan delegasi.

“Namun, bagi memastikan penyertaan seluruh negeri, Larian Obor Sukan SEA 2027 akan dianjurkan merentas bahagian sebagai simbol perpaduan serta penglibatan rakyat dalam menjayakan temasya bertaraf antarabangsa ini,” ujarnya.

Beliau menyifatkan larian obor tersebut sebagai platform terbaik untuk memperkukuh penglibatan komuniti akar umbi, di samping membawa semangat temasya ke setiap pelosok Sarawak menjelang 2027.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak kekal destinasi utama bagi pelabur antarabangsa dalam TBB – Abang Johari
Next: DUN: Sarawak teliti penubuhan Fakulti Perubatan dan Kejururawatan atasi kekurangan doktor, jururawat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.