Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Sarawak rancang ambil alih 188km bekas jalan balak di Kapit
  • TEMPATAN

DUN: Sarawak rancang ambil alih 188km bekas jalan balak di Kapit

Utusan Sarawak 19 hours ago
DATUK Aidel Lariwoo ketika menjawab soalan lisan Nicholas Kudi Jantai (GPS – Baleh) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, hari ini.

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak merancang untuk mengambil alih kira-kira 188 kilometer bekas jalan balak dan jambatan kayu, terutamanya di kawasan pedalaman Bahagian Kapit seperti Bukit Mabong, Baleh dan Belaga.

Laluan-laluan ini dikenal pasti sebagai nadi utama perhubungan bagi penduduk luar bandar ke rumah panjang, sekolah, dan klinik.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Aidel Lariwoo, berkata usaha ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri untuk memperluaskan akses jalan yang selamat dan sistematik kepada komuniti pedalaman.

“Kerajaan negeri sentiasa komited untuk memastikan infrastruktur jalan di kawasan luar bandar diberi perhatian sewajarnya.

“Bekas jalan balak ini penting kerana digunakan setiap hari oleh masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan asas seperti kesihatan dan pendidikan,” katanya ketika menjawab soalan lisan Nicholas Kudi Jantai (GPS – Baleh) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, hari ini.

Menurutnya, sehingga kini sebanyak 312.8 kilometer bekas jalan balak telah berjaya didaftarkan di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) melalui program Jalan Kampung dan Pekan (JKPG), bagi membolehkan kerja penyelenggaraan dijalankan secara sistematik.

“Pendaftaran di bawah MARRIS membolehkan kita memperoleh peruntukan kewangan bersesuaian untuk menyelenggara jalan-jalan ini mengikut spesifikasi yang ditetapkan, sama ada sebagai Jalan Raya Negeri (JRN) atau Jalan Kampung (JKPG),” jelasnya.

Namun, Aidel mendedahkan masih terdapat 13,687.9 kilometer jalan balak yang belum berdaftar dan masih di bawah tanggungjawab syarikat konsesi balak, termasuk 8,553.0 kilometer di bawah lesen pembalakan dan 5,134.9 kilometer di bawah lesen hutan tanaman.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 1,172.6 kilometer dikenal pasti masih aktif digunakan, terutamanya di kawasan pedalaman Kapit,” katanya.

Tambahnya, pengambilalihan laluan-laluan tersebut akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan keutamaan dan kesesuaian, terutama laluan yang penting bagi kehidupan harian penduduk luar bandar.

“Keutamaan kita ialah menjadikan laluan ini lebih selamat dan tahan lama agar masyarakat tidak terus bergantung kepada struktur kayu yang dibina syarikat pembalakan, yang kebiasaannya tidak menepati piawaian pembinaan jalan raya,” tegas Aidel.

Tegasnya lagi, langkah ini selari dengan usaha kerajaan negeri memperkasa pembangunan luar bandar serta memastikan rakyat pedalaman tidak terus ketinggalan dari segi kemudahan asas, dan mobiliti.

Oleh Amanda L.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pengiktirafan petugas Gawai: JPJ Sarawak perkukuh sokongan kerajaan negeri
Next: Gempa bumi 6.0 skala Richter landa Bengkulu, Indonesia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.