Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Sarawak peruntuk RM450 juta untuk luaskan infrastruktur internet luar bandar
  • SEMASA

DUN: Sarawak peruntuk RM450 juta untuk luaskan infrastruktur internet luar bandar

Utusan Sarawak 4 mins ago
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap ketika membentangkan Bajet Sarawak 2026 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di Petra Jaya, hari ini.

PETRA JAYA: Sarawak mengukuhkan agenda digital dan inovasi menerusi peruntukan RM450 juta bagi meluaskan infrastruktur internet luar bandar melalui projek menara SMART dan inisiatif MySRBN di bawah Bajet Sarawak 2026.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelaburan tersebut penting untuk memastikan rakyat luar bandar menikmati capaian digital yang lebih stabil, seterusnya memperkukuh ekonomi berasaskan teknologi.

“Pelaburan strategik dalam prasarana digital, keselamatan siber, AI dan penyelidikan adalah penting untuk memastikan Sarawak terus maju sebagai ekonomi berasaskan inovasi,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika persidangan hari pertama Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang ke-19, di sini, hari ini

Setakat Julai 2025, sebanyak 587 menara komunikasi telah siap dibina di bawah SMART600, dengan 431 sudah diaktifkan. 

Projek itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 180,000 penduduk di kawasan seperti Marudi, Belaga, Sungai Belawai dan Sungai Encheremin.

Abang Johari yang juga Kewangan dan Ekonomi Baru, turut menegaskan bahawa kerajaan memperuntukkan RM20 juta sebagai subsidi caj jalur lebar luar bandar dan RM27 juta kepada Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) bagi menyokong fungsi strategiknya.

Dalam aspek keselamatan siber, SMA sedang membangunkan Strategi dan Pelan Induk Keselamatan Siber Sarawak 2030, termasuk usaha menubuhkan sebuah entiti khas bagi menyelaras keselamatan siber kerajaan dan industri. 

Kerajaan juga merangka Kerangka Tadbir Urus Data bagi memastikan penggunaan data lebih selamat dan berintegriti.

Bagi memperkukuh pembangunan kecerdasan buatan (AI), RM5 juta diperuntukkan kepada Pusat Kecerdasan Buatan Sarawak (SAIC) bagi operasi 2026. 

Pusat itu kini memajukan aplikasi AI dalam kesihatan, pertanian, pendidikan dan pembuatan.

Platform pembayaran digital S Pay Global terus berkembang dengan 1.6 juta pengguna dan 95,000 peniaga, melibatkan lebih RM5.5 bilion transaksi. 

“RM28 juta diperuntukkan pada 2026 untuk memajukannya ke arah platform perbankan digital anak Sarawak.

“Dalam penyelidikan saintifik, RM4 juta disalurkan kepada Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak bagi projek R&D 2026,” tambahnya lanjut. 

Turut diperuntukkan RM50 juta untuk pembinaan Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak dan RM22 juta bagi operasinya, diikuti RM48 juta untuk menyiapkan Pusat Sains Sarawak serta RM11 juta bagi penyelidikan penyakit.

Institusi lain turut menerima peruntukan termasuk RM36 juta kepada Sarawak Biodiversity Centre, RM26.6 juta kepada CRAUN Research, RM5 juta untuk Sago dan Lembaga Pembangunan Sagu dan Nipah serta RM4.4 juta bagi Institut Penyelidikan Gambut Tropika Sarawak.

Oleh Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak negeri pertama laksana levi karbon 2026 pacu transisi hijau, sumber hasil baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.