Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Sarawak perkukuh undang-undang biodiversiti, RUU 2025 diluluskan
  • SEMASA

DUN: Sarawak perkukuh undang-undang biodiversiti, RUU 2025 diluluskan

Utusan Sarawak 22 hours ago
DATO Sri Roland Sagah Wee Inn pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 yang berlangsung, hari ini.

PETRA JAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Pusat Biodiversiti Sarawak (Pindaan) 2025 telah diluluskan sebulat suara dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 yang berlangsung, hari ini.

RUU tersebut dibentangkan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, dan menerima sokongan penuh daripada semua Ahli Dewan selepas sesi perbahasan.

Menurut Roland, pindaan yang dibawa melalui RUU ini bertujuan memperkukuh kerangka perundangan sedia ada, khususnya dalam aspek penyelidikan, pelesenan, pemilikan harta intelek dan komersialisasi hasil biodiversiti negeri.

“Langkah ini amat penting untuk memastikan khazanah biodiversiti Sarawak dapat dimanfaatkan secara lestari, sekali gus memberi pulangan ekonomi kepada rakyat,” katanya.

Antara pindaan utama ialah pengenalan Seksyen 6A, yang membolehkan Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) menubuhkan entiti perniagaan bagi mengurus hasil penyelidikan secara strategik dan berkesan.

Tambah beliau, penubuhan entiti ini akan membuka peluang kerjasama dengan sektor swasta dan pelabur luar, tanpa menjejaskan kawalan kerajaan negeri ke atas sumber biodiversiti.

“Ini akan memperkukuh keupayaan SBC dalam aspek pengurusan kontrak, pelesenan serta perlindungan harta intelek,” ujar beliau.

RUU ini turut diselaraskan dengan matlamat Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030), yang memberi penekanan kepada inovasi, sains dan teknologi, serta pengurusan sumber secara mampan.

Kelulusan RUU berkenaan diumumkan oleh Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, selepas mendapat persetujuan sebulat suara daripada semua Ahli Dewan yang hadir.

Oleh Amanda L. & Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pegawai majlis Eropah puji reformasi keselamatan
Next: Malaysia antara tiga negara terawal terima kelulusan operasi klinik haji di Madinah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.