Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Sarawak perkukuh agenda perumahan mampu milik, kajian luas SRAS dan projek SPEKTRA diteruskan
  • SEMASA

DUN: Sarawak perkukuh agenda perumahan mampu milik, kajian luas SRAS dan projek SPEKTRA diteruskan

Utusan Sarawak 3 hours ago
SEBANYAK 8,642 permohonan perumahan mampu milik diterima sejak 2019 hingga 2025, dengan 7,172 permohonan telah diluluskan di bawah program Sri Pertiwi, SPEKTRA Medium, SPEKTRA Lite dan PUTERA.

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh agenda perumahan mampu milik melalui pelaksanaan pelbagai skim dan projek yang memberi manfaat kepada golongan B40 dan M40 di seluruh negeri.

Menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, sebanyak 8,642 permohonan perumahan mampu milik diterima sejak 2019 hingga 2025, dengan 7,172 permohonan telah diluluskan di bawah program Sri Pertiwi, SPEKTRA Medium, SPEKTRA Lite dan PUTERA.

“Kuching mencatat permintaan tertinggi meliputi semua skim, manakala Samarahan menunjukkan pertumbuhan konsisten selari kedudukannya sebagai hab kediaman dan pendidikan yang semakin berkembang.

“Di Miri, permintaan kekal tinggi untuk SPEKTRA Medium dan Sri Pertiwi, sejajar pembangunan industri dan perkhidmatan di wilayah utara.

“Sibu pula merekodkan penyertaan seimbang daripada golongan B40 dan M40, dengan kerjasama berterusan bagi mengenal pasti lokasi baharu untuk projek akan datang,” katanya yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Beliau mengulas lanjut, Bintulu mencatat pengambilan stabil di bawah skim PUTERA dan SPEKTRA, dipacu pertumbuhan populasi di koridor industri Sarawak

“Bahagian Betong, Kapit dan Limbang turut menunjukkan penyertaan berterusan terutamanya bagi kategori kos rendah dan SPEKTRA Lite, menggambarkan keperluan perumahan di kawasan luar bandar,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa kerajaan negeri melalui Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) turut menggiatkan kajian penambahbaikan Skim Bantuan Sewa Sarawak (SRAS) bagi memperluas manfaat kepada lebih ramai penerima di seluruh negeri.

“Kajian turut melibatkan kemungkinan pelaksanaan SRAS di luar Sarawak, termasuk kaedah pelaksanaan serta implikasi kos sekiranya skim diperluas ke Semenanjung atau Sabah.

“Selain itu, projek Rumah SPEKTRA Permata (RSP) diteruskan apabila HDC telah mengemukakan permohonan peruntukan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bagi pembangunan infrastruktur dan pembinaan di RSP Badong, seperti diminta oleh Ahli Dewan bagi Daro,” tambahnya.

Sementara itu katanya, projek SPEKTRA Permata di Tapak Perumahan Awam Pusa turut menunjukkan perkembangan apabila Pihak Berkuasa Perancangan Sarawak (SPA)

 meluluskan perancangan semula kepada 15 blok, dengan 40 unit rumah berkembar dua tingkat bertiang dirancang di bawah Blok 1.

“Permohonan pembiayaan di bawah RMK-13 telah diserahkan kepada kerajaan Sarawak, manakala kerja ukur subdivisi untuk Blok 1 kini sedang dijalankan.

“Kerajaan negeri menegaskan komitmen untuk memastikan semua projek ini dilaksana secara inklusif, mampan dan selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) bagi memastikan lebih ramai rakyat Sarawak memiliki rumah sendiri,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah 

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: RM110 juta peruntukan UNIFOR, baki RM54.22 juta diagih esok
Next: DUN: Pelan Induk Pelabuhan Sarawak siap 2027, transformasi logistik dipacu — Uggah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.