Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Sarawak perkenal garis panduan baharu urus aset biologi – pastikan ketelusan dan cegah salah guna
  • SEMASA

DUN: Sarawak perkenal garis panduan baharu urus aset biologi – pastikan ketelusan dan cegah salah guna

Utusan Sarawak 2 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas bercakap pada Sidang DUN di Petra Jaya, hari ini.
Foto Ukas.

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak memperkenalkan garis panduan baharu bagi pengurusan aset biologi sebagai langkah memperkukuh ketelusan, akauntabiliti dan ketepatan rekod kerajaan dalam pengurusan sumber asli seperti ternakan, ikan dan tanaman di bawah pemilikan negeri.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata garis panduan tersebut meliputi proses pendaftaran, penilaian, pelaporan dan penyenggaraan aset biologi yang kini diwajibkan untuk semua agensi kerajaan yang mengendalikan sumber berkenaan.

Menurutnya yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru Kedua, inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha penambahbaikan tadbir urus aset negeri berasaskan amalan perakaunan antarabangsa, sekaligus mengatasi isu ketidaktepatan data, kelemahan inventori serta potensi risiko penyalahgunaan aset.

“Garis panduan ini memastikan setiap aset biologi yang dimiliki kerajaan direkodkan secara telus. Ia melindungi kepentingan negeri dengan mengelakkan kehilangan aset, salah guna atau ketidakselarasan data yang menjejaskan laporan kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Beliau berkata, garis panduan itu turut mengintegrasikan pengurusan aset biologi ke dalam Sistem Pengurusan Aset Bersepadu (IAMS), membolehkan semua rekod dipantau secara digital dan diselaraskan dengan sistem kewangan kerajaan.

Langkah tersebut, jelas Uggah, bukan sahaja meningkatkan ketepatan data tetapi juga memberi gambaran lebih menyeluruh mengenai kedudukan aset negeri, sekali gus memudahkan perancangan sumber dan keputusan dasar.

Pengurusan aset biologi merupakan salah satu komponen penting dalam ekonomi Sarawak, khususnya sektor pertanian, akuakultur dan penternakan yang semakin berkembang.

Menurut Uggah, aset biologi yang direkod dengan tepat boleh menyumbang kepada nilai ekonomi negeri melalui pelaporan yang lebih profesional dan mapan.

Beliau berkata usaha ini membuktikan komitmen kerajaan untuk mengurus aset negeri secara bertanggungjawab, mengurangkan risiko ketirisan dan mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap pengurusan sumber kerajaan.

“Sarawak sedang bergerak ke arah sistem tadbir urus moden dan berintegriti. Pengurusan aset biologi secara sistematik adalah satu keperluan, bukan pilihan,” ujarnya.

Uggah turut menggesa semua agensi untuk mematuhi garis panduan tersebut dan memastikan pegawai yang terlibat dilatih secukupnya bagi mengendalikan rekod dan sistem digital dengan tepat.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak rangka Pelan Induk PPP 2026–2035, tarik pelaburan swasta dalam projek awam
Next: DUN: RM110 juta peruntukan UNIFOR, baki RM54.22 juta diagih esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.