Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Sarawak perjelas syarat penubuhan pusat jagaan warga emas
  • TEMPATAN

DUN: Sarawak perjelas syarat penubuhan pusat jagaan warga emas

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Rosey Yunus menjawab soalan Johnny Pang Leong Ming (GPS-Tanjong Batu) di sidang DUN Ke-19, Kompleks DUN, hari ini. Foto UKAS 

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak menjelaskan beberapa garis panduan dan kriteria utama bagi penubuhan pusat jagaan warga emas termasuk pusat jagaan harian serta Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan Pusat Perkhidmatan Warga Emas (PPWE).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Rosey Yunus berkata mana-mana pengendali yang bercadang menubuhkan pusat jagaan warga emas sama ada secara kediaman atau harian perlu mendapatkan nasihat awal daripada Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhampiran.

“Pengendali akan diberikan ID pengguna serta kata laluan bagi sistem myKendiri selain surat rujukan bagi mendapatkan kelulusan atau sokongan daripada agensi teknikal berkaitan.

“Agensi teknikal terlibat termasuk Jabatan Tanah dan Survei, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Kementerian Kesihatan (KKM) serta pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Johnny Pang Leong Ming (GPS-Tanjong Batu) pada persidangan DUN Ke-19 di sini, hari ini.

Katanya, selepas semua kelulusan diperoleh, permohonan perlu dikemukakan secara dalam talian melalui sistem myKendiri bersama dokumen lengkap sebelum pemeriksaan premis dijalankan oleh Pegawai Kebajikan yang diberi kuasa.

“Hasil pemeriksaan itu akan dimuat naik ke dalam sistem sebelum dikemukakan kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi pertimbangan, kelulusan dan pengeluaran sijil pendaftaran pusat jagaan,” ujarnya. 

Dalam masa sama, beliau menjelaskan terdapat lima kriteria utama bagi penubuhan PAWE dan PPWE.

“Pertama, kawasan tersebut perlu mempunyai populasi warga emas yang mencukupi, khususnya di kawasan berpenduduk padat. Kedua, lokasi mestilah strategik, mudah diakses dan mesra warga emas dengan kemudahan awam berhampiran,” jelasnya.

Tambah beliau, kriteria lain termasuk penglibatan aktif NGO atau organisasi sukarela tempatan, badan pengurusan yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan, serta keperluan mendapatkan khidmat nasihat dan sokongan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memastikan pelaksanaan yang teratur.

Beliau berkata pendekatan ini penting bagi memastikan setiap pusat jagaan warga emas beroperasi mengikut standard ditetapkan serta memberi manfaat kepada golongan sasar secara berkesan.

Oleh Adele Rissa 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DUN: Pengurusan pelabuhan Sarawak dipusatkan di bawah SPA, Tanjung Embang mula beroperasi 2032
Next: DUN: Pelan transformasi Mahkamah Bumiputera Sarawak masuk fasa pindaan undang-undang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.