Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Sarawak mahu tubuh Pusat Perubahan Iklim
  • TEMPATAN

DUN: Sarawak mahu tubuh Pusat Perubahan Iklim

Utusan Sarawak 6 months ago

Datuk Dr Hazland Abang Hipni ketika sesi soal-jawab di persidangan DUN hari ini. Foto HERRIEY NAHA  

PETRA JAYA: Sarawak sedang mempertimbang untuk menubuhkan Pusat Perubahan Iklim Sarawak bagi menyelaras, mengurus dan menyokong usaha perubahan iklim serta perdagangan karbon.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata untuk itu juga dua strategi utama jangka panjang dirangka dalam mengintegrasikan perdagangan karbon ke dalam perancangan ekonomi dan alam sekitar negeri.

”Strategi yang pertama perdagangan karbon dilihat sebagai komponen penting dalam mempelbagaikan ekonomi Sarawak serta meransang pertumbuhan dan peluang baharu dalam pelbagai sektor.

”Strategi kedua ialah, perdagangan karbon ini berfungsi sebagai alat untuk mempromosikan kewangan lestari dengan menarik pelaburan dalam projek-projek positif iklim, menjadikannya lebih berdaya saing dari segi kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Azizul Annuar Adenan (GPS-Tanjong Datu) pada persidangan DUN Sarawak, di sini, hari ini.

Hazland juga berkata Bursa Carbon Exchange (BCX) yang dilancarkan pada Disember 2022, membantu entiti yang berpangkalan di Sarawak menjana pendapatan menerusi usaha penyerapan karbon dan sejajar dengan matlamat pengurangan pelepasan karbon.

Antara perkembangan ketara dagangan karbon itu termasuk lelongan Sijil Tenaga Boleh Diperbaharui (REC) baru-baru ini dari empangan hidro Murum.

Selain itu, katanya, kerjasama seperti memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Sarawak Energy Berhad (SEB) pada Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP 28).

”Inisiatif tempatan Sarawak melengkapkan usaha negara menerusi BCX, dengan entiti serantau seperti Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dan Kumpulan Samling SaraCarbon Sdn Bhd secara aktif meneroka projek pemerapan, penyimpanan dan projek berasaskan alam semula jadi.

”Pendekatan tempatan ini, didorong oleh perundangan yang disokong Sarawak, menambah dimensi serantau kepada landskap perdagangan karbon Malaysia.

”Walaupun BCX menyediakan pasaran berstruktur, lesen dan projek perdagangan karbon, Sarawak sendiri sedang mewujudkan ekosistem selari yang boleh meningkatkan lagi penglibatan tempatan dan antarabangsa dalam perdagangan karbon,” katanya.

Hazland menambah Sarawak turut melibatkan diri secara aktif dengan pihak berkepentingan sektor swasta untuk mempromosikan inisiatif perdagangan karbon.

Menjelas lanjut, katanya, Sarawak memulakan usahanya dengan mewujudkan rangka kerja pentadbiran yang jelas pembangunan projek karbon.

“Selain itu, kami turut menganjurkan acara peringkat tinggi dan menjemput sektor swasta untuk mengambil bahagian seperti Persidangan Karbon Asia yang akan dihoskan semula oleh Sarawak pada tahun depan.

“Ini merupakan usaha penting dalam meningkatkan kesedaran serta memperkenalkan minat dan hala tuju strategik Sarawak bagi meningkatkan penyertaan swasta daripada pelbagai sektor,” katanya.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak berdepan cabaran capai sasaran 60 peratus tahap sara diri 
Next: DUN: Undang-undang alam sekitar perlu tangani pencemaran, agenda sifar sisa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.