Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Sarawak mahu autonomi bidang pelancongan
  • SEMASA

DUN: Sarawak mahu autonomi bidang pelancongan

Utusan Sarawak 6 months ago

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak serius untuk mendapatkan hak autonomi mengenai hal ehwal pelancongan berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk mengurus dan mengawal selia keperluan industri pelancongan di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kementeriannya akan terus berusaha untuk berhubung dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengenai cadangan untuk meminda ‘pelancongan’ dalam item 25A dari Senarai Persekutuan (Senarai I) ke Senarai Bersama (Senarai III) dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

“Bagi Sarawak, mempunyai Kementerian Pelancongan sendiri dengan jelas mencerminkan sejauh mana autonomi yang kita miliki. 

“Bahkan dalam promosi di luar negara, sama ada di ITB Berlin, WTM United Kingdom, atau IMEX Frankfurt, kita mempunyai pavilion sendiri untuk menunjukkan bahawa kita mempunyai autonominya yang tersendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19  di sini hari ini.

Abdul Karim berkata, perkara ini sedang dalam perundingan sekarang dan digerakkan bersama dengan tuntutan-tuntutan lain yang dikemukan termasuk tuntutan satu pertiga kerusi Parlimen untuk Sarawak dan Sabah.

Beliau berkata kementeriannya akan terus berusaha untuk mendapatkan hak mengenai hal ehwal pelancongan berdasarkan MA63 dengan kerjasama Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Persekutuan-Negeri) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta Jabatan Peguam Besar Sarawak. 

Continue Reading

Previous: Isu kesesakan di BSI, KLIA, kontroversi NAFAS antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Next: Kuasa veto UNSC perlu lebih inklusif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.