Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Sarawak komited capai status Geopark Global UNESCO menjelang 2026
  • SEMASA

DUN: Sarawak komited capai status Geopark Global UNESCO menjelang 2026

Utusan Sarawak 5 days ago
SARAWAK Delta Geopark (SDGp). Foto Tangkap Layar UKAS

PETRA JAYA: Sarawak terus komited dalam usaha mendapatkan pengiktirafan Sarawak Delta Geopark (SDGp) sebagai tapak Geopark Global UNESCO menjelang 2026.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, negeri kini berada pada fasa akhir persediaan bagi penilaian rasmi oleh pihak UNESCO yang dijadualkan berlangsung pada 22 hingga 25 Jun 2025.

“Bagi memastikan kelancaran proses tersebut, dua sesi pra-penilaian telah dijalankan pada bulan April dan Mei tahun ini,” ujar beliau semasa ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Sementara itu, katanya bagi tempoh Disember 2024 hingga April 2025, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) telah membuka 19 kertas siasatan melibatkan kesalahan di kawasan terlindung sepenuhnya (TPA) serta jenayah hidupan liar.

Tambahnya, daripada jumlah tersebut, satu kes telah didakwa, tiga dikenakan kompaun, manakala 15 lagi masih dalam siasatan.

Beliau berkata, lima kes daripada tahun sebelumnya juga telah didakwa, menjadikan jumlah keseluruhan kepada enam kes dengan kutipan kompaun sebanyak RM65,500.

Dalam perkembangan lain, jelasnya Premier Sarawak baru-baru ini telah merasmikan Wisma Lestari, yang turut menempatkan makmal forensik hidupan liar, Forensik Hidupan Liar Sarawak (SWIF).

Katanya, makmal ini memainkan peranan penting dalam membantu proses pendakwaan melalui teknologi DNA serta membolehkan pemantauan jangka panjang menerusi pembangunan pangkalan data gene bank.

Katanya, mengikuti kejayaan inskripsi Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun lalu, dua lagi taman negara – Taman Negara Bako dan Bukit Lambir – telah dicalonkan sebagai Tapak ASEAN Heritage Park (AHP). Penilaian oleh ASEAN Centre for Biodiversity (ACB) telah selesai dijalankan dan keputusan dijangka diumumkan pada September 2025.

“Usaha ini menunjukkan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memelihara biodiversiti dan memartabatkan kawasan perlindungan sebagai warisan serantau dan antarabangsa,” ujar beliau mengakhiri penggulungan.

Oleh Norman B

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sultan Brunei dalam keadaan stabil, baik – Pejabat PM
Next: DUN: 7.65 juta hektar hutan dikekalkan, Sarawak terus pacu pembangunan hijau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.