Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Sarawak kenal pasti 6,100 hektar tanah padi komersial, eksport sawit capai RM13.8 bilion
  • SEMASA

DUN: Sarawak kenal pasti 6,100 hektar tanah padi komersial, eksport sawit capai RM13.8 bilion

Utusan Sarawak 3 hours ago
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom menyampaikan ucapan penggulungan kementerian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-19 hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak mengenal pasti 6,100 hektar tanah baharu di seluruh negeri bagi pembangunan padi berskala besar sebagai sebahagian strategi meningkatkan pengeluaran makanan dan mengurangkan kebergantungan terhadap import.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, kawasan yang berpotensi termasuk Tanjong Datu, Batang Lupar, Bintulu dan beberapa lokasi luar bandar lain yang mempunyai kesesuaian tanah bagi penanaman komersial, sekali gus menyokong sasaran meningkatkan Tahap Kecukupan Diri (SSL) beras negeri.

“Kawasan-kawasan ini akan dibangunkan melalui pendekatan ladang bersepadu dan penggunaan teknologi moden bagi memastikan produktiviti optimum,” katanya dalam ucapan penggulungannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Dalam pada itu, Sarawak mencatat pencapaian baharu apabila eksport minyak sawit dan produk berkaitan mencecah 3.1 juta tan bernilai RM13.8 bilion bagi tempoh Januari hingga Oktober 2025, pencapaian tertinggi dalam sejarah negeri.

Dr Rundi berkata prestasi tersebut menunjukkan daya saing sektor sawit Sarawak berada pada tahap kukuh meskipun berdepan ketidaktentuan pasaran global serta isu rantaian bekalan antarabangsa.

“Ini membuktikan industri sawit Sarawak kekal berdaya tahan dan terus memberi sumbangan besar kepada ekonomi negeri,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan akan terus memperkukuh sektor komoditi dengan meningkatkan amalan lestari, digitalisasi dan pematuhan kepada piawaian antarabangsa bagi memastikan sawit Sarawak kekal diterima di pasaran global.

Selain itu, kerajaan turut menggalakkan lebih banyak penglibatan syarikat swasta dan pekebun kecil dalam aktiviti hiliran bagi menambah nilai dan meningkatkan pendapatan pengusaha.

Beliau menegaskan bahawa prestasi eksport sawit yang cemerlang itu akan memberi ruang kewangan lebih besar untuk negeri melabur semula dalam projek-projek makanan termasuk pembangunan tanah padi baharu.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Jaminan makanan keutamaan Sarawak, belia perlu terajui pertanian moden
Next: DUN: Kerugian penipuan hampir RM100 juta, kes jenayah siber di Sarawak capai 3,022

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.