Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • DUN: Sarawak kekurangan 1,871 doktor, 5,106 jawatan kesihatan masih kosong
  • KESIHATAN

DUN: Sarawak kekurangan 1,871 doktor, 5,106 jawatan kesihatan masih kosong

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATUK Amar Dr Sim Kui Hian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-19, hari ini.   

PETRA JAYA: Sarawak berdepan jurang kritikal tenaga kerja kesihatan apabila rekod menunjukkan negeri ini kekurangan 1,871 doktor berbanding nisbah kebangsaan, selain masih mempunyai 5,106 jawatan kesihatan yang belum diisi di seluruh fasiliti kerajaan. 

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata angka itu menggambarkan realiti besar ketidakseimbangan agihan tenaga kerja antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia, yang telah berlarutan sejak sekian lama. 

Menurutnya, kekosongan tersebut termasuk 930 jawatan doktor dan 2,300 jawatan jururawat, selain pelbagai kategori profesional perubatan lain yang masih belum dipenuhi dalam skim perkhidmatan kesihatan negeri. 

“Sarawak mempunyai 27,255 petugas kesihatan daripada 30,523 jawatan yang diluluskan. Ini bermakna 5,106 jawatan masih kosong.

“Persoalannya, adakah rakyat di Semenanjung terlalu sakit sehingga memerlukan lebih ramai doktor, atau rakyat Sarawak terlalu sihat sehingga hanya menerima sedikit?” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-19, hari ini.  

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, kekurangan doktor dan jururawat bukan sahaja menjejaskan kualiti perkhidmatan, tetapi turut memberi tekanan besar kepada petugas sedia ada yang terpaksa menampung beban kerja tinggi, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Dalam masa sama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan semakan keperluan tenaga kerja di tujuh daripada 23 hospital di Sarawak dan hasilnya menunjukkan negeri ini memerlukan 11,127 jawatan baharu, termasuk 1,567 doktor dan 4,881 jururawat tambahan. 

“Dapatan ini sangat jelas, Sarawak memerlukan peningkatan besar-besaran dalam tenaga kerja kesihatan untuk memastikan rakyat menerima tahap perkhidmatan setara negeri lain. 

“Ini bukan tuntutan politik, tetapi keperluan asas kesihatan awam,” tegasnya. 

Dr Sim turut mengulangi pendirian Sarawak untuk mempercepatkan pelaksanaan Autonomi Kesihatan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk usaha mengambil alih kuasa mengawal selia fasiliti kesihatan swasta melalui Cawangan Kawal Selia Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) yang kini sedang disemak oleh KKM. 

Menurutnya, autonomi kesihatan akan membolehkan Sarawak mempunyai menentukan keperluan tenaga manusia, perancangan fasiliti dan pengurusan perkhidmatan kesihatan secara lebih fleksibel dan responsif mengikut keadaan negeri, bukan lagi bergantung sepenuhnya kepada dasar persekutuan.

“Kita tidak boleh menunggu sehingga jurang semakin melebar. Sarawak perlu kuasa menentukan keperluan sendiri supaya keadilan perkhidmatan kesihatan dapat dinikmati rakyat di bandar, luar bandar dan pedalaman secara saksama,” katanya.

Dr Sim berkata, kerajaan negeri komited bekerja rapat dengan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan tuntutan Sarawak di bawah MA63 terus direalisasikan, termasuk penambahan jawatan, penggantian fasiliti daif, pembinaan hospital baharu dan latihan tenaga kerja kesihatan secara berfasa sehingga mencapai standard yang setara dengan negeri-negeri maju.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Bintulu antara kawasan paling terkesan, intervensi HIV dipertingkat
Next: DUN: Hospital Petra Jaya lewat lagi, siap Februari 2026; 65.9 peratus klinik di Sarawak masih daif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.