Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Sarawak fokus luar bandar – air, elektrik dan jalan baru sampai kampung
  • SEMASA

DUN: Sarawak fokus luar bandar – air, elektrik dan jalan baru sampai kampung

Utusan Sarawak 2 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada persidangan hari pertama Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang ke-19, Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Belanjawan Sarawak 2026 menumpukan perhatian kepada pembangunan luar bandar dengan peruntukan besar bagi bekalan air bersih, elektrik, jalan raya, jambatan dan peluang ekonomi tempatan bagi memastikan rakyat di setiap pelosok negeri menikmati kemudahan asas tanpa tertinggal.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kerajaan negeri memperuntukkan RM409 juta untuk projek air bersih termasuk loji rawatan Engkilili, Salim, Serian Fasa II, Batu Kitang dan Mukah, selain paip dan grid air bagi kawasan terpencil. 

“Program Air Percuma yang diperkenalkan sejak 2020 akan diteruskan, membolehkan RM5 pertama bil bulanan disubsidi untuk meringankan beban rakyat.

“Kerajaan juga memperuntukkan RM46 juta untuk projek bekalan elektrik luar bandar dan RM153 juta lagi melalui dana alternatif bagi pelaksanaan Skim Elektrik Luar Bandar. 

“Projek ini termasuk penyambungan rumah panjang ke grid, sistem solar berdiri sendiri dan penggantian bateri serta komponen penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika persidangan hari pertama Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang ke-19, di sini, hari ini. 

Tambah beliau, Program Bantuan Kewangan Caj Sambungan Elektrik akan diteruskan dengan peruntukan RM12 juta bagi membantu isi rumah berpendapatan rendah.

“Kerajaan menyediakan RM1.05 bilion untuk pembinaan dan naik taraf jalan raya serta jambatan di seluruh Sarawak termasuk projek di Bau, Sibu, Serian-Gedong-Samarahan, Meradong, Bintulu, Mukah dan Limbang. 

“Selain itu, sistem Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching dijangka mula operasi pada suku keempat 2026, manakala projek bas pintar dan terminal baharu di Sibu dan Kapit akan meningkatkan mobiliti rakyat,” jelasnya.

Beliau menegaskan, kerajaan juga memperkukuh peluang ekonomi luar bandar melalui projek Transformasi Luar Bandar (RTP), Projek Khas Rakyat dan agensi pembangunan wilayah, membuka ruang untuk perniagaan kecil dan aktiviti ekonomi setempat.

“Langkah ini memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada pembangunan, dengan akses kepada kemudahan asas, peluang ekonomi dan infrastruktur moden kini sampai ke setiap kampung dan rumah panjang di seluruh negeri,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak peruntuk RM450 juta untuk luaskan infrastruktur internet luar bandar
Next: DUN: Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri (Pindaan) 2025 perkukuh tadbir urus Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.