Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Sarawak catat sejarah, hos majlis pembukaan Sukan SEA 2027
  • SEMASA

DUN: Sarawak catat sejarah, hos majlis pembukaan Sukan SEA 2027

Utusan Sarawak 2 days ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menunjukkan ucapan penggulungan kementeriannya di Persidangan DUN Sarawak, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Sarawak mencatat sejarah baharu apabila diumumkan sebagai tuan rumah rasmi Majlis Pembukaan Sukan SEA 2027, sekaligus mengukuhkan kedudukan negeri ini di pentas sukan antarabangsa.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah semasa sesi penggulungan kementeriannya di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Menurutnya, pemilihan Kuching sebagai lokasi majlis pembukaan temasya berprestij itu akan menjadikan ibu negeri Sarawak tumpuan utama Asia Tenggara, selain menampilkan keunikan budaya, keramahan rakyat dan keupayaan logistik Sarawak kepada dunia.

“Ini bukan sekadar acara sukan, tetapi simbol perpaduan serantau, pemerkasaan belia dan perayaan kepelbagaian,” jelasnya.

Bagi memastikan penganjuran bertaraf dunia, kementeriannya akan menjalankan lawatan penanda aras ke Thailand, tuan rumah Sukan SEA 2025, bagi mendapatkan panduan operasi dan strategi penganjuran.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Karim turut menggariskan hala tuju pembangunan belia Sarawak berasaskan lima teras utama: kepimpinan, pendidikan, ekonomi, kesihatan dan kelestarian alam sekitar.

Pendekatan ini, katanya, memberi ruang kepada belia untuk menjadi ejen perubahan melalui inovasi, keusahawanan, advokasi alam sekitar serta penglibatan dalam tadbir urus.

Antara inisiatif utama ialah program Belia GoTVET, yang menyokong pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah Pelan Pembangunan Pasca-COVID-19 Sarawak (PCDS 2030).

Program ini, jelasnya, telah dimulakan di Gedong dan kini diperluas ke daerah lain.

Selain itu, program Jelajah Belia Sarawak yang telah menjelajah ke 33 daerah dan melibatkan lebih 25,000 belia, akan diteruskan ke kawasan lain termasuk Selangau dan Maradong.

Beberapa program tambahan juga dirancang seperti Persidangan Antarabangsa Kesihatan Mental Belia, eksplorasi belia ke kawasan pedalaman, dan inisiatif integrasi antara negeri.

Dalam aspek pembangunan sukan, kementerian kini menyelia 87 kemudahan di seluruh Sarawak, dan sedang membangunkan 25 projek baharu.

Penambahbaikan akan dilakukan bagi memastikan semua kemudahan memenuhi piawaian kebangsaan dan antarabangsa.

Bagi menyokong pelaksanaan inisiatif belia dan sukan, kerajaan negeri turut menyediakan Geran Sokongan MySED, yang setakat ini telah meluluskan lebih RM582,000 kepada 23 program, memberi manfaat kepada lebih 50,000 orang.

Menurutnya lagi, 17 peratus daripada program ini memberi impak langsung kepada masyarakat akar umbi.

Tegasnya, kerajaan negeri komited dalam memastikan tiada belia tercicir, sambil mengajak persatuan belia dan komuniti untuk terus menyumbang kepada pembangunan menyeluruh Sarawak.

Oleh Norman B.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Lebih 73,000 pengunjung BCM direkod Januari–April
Next: Ikan Lumek Salai Pulau Bruit tarikan di Persidangan DUN Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.