Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: RUU Pengurusan Sumber dan Sisa Mampan 2025 langkah penting Sarawak
  • SEMASA

DUN: RUU Pengurusan Sumber dan Sisa Mampan 2025 langkah penting Sarawak

Utusan Sarawak 2 hours ago
DATUK Johnichal Rayong Ngipa (Engkelili-GPS) berucap ketika menyokong Pengurusan Sumber dan Sisa Mampan 2025 pada Persidangan DUN Sarawak ke-19, di Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Pengurusan Sumber dan Sisa Mampan 2025 adalah langkah penting Sarawak untuk menggalakkan pengurusan sumber lestari dan pengurangan sisa.

Johnichal Rayong Ngipa (Engkelili-GPS) menegaskan perkara ini ketika membahaskan Rang Undang-Undang Pengurusan Sumber dan Sisa Mampan 2025.

Beliau berkata, RUU berkenaan merupakan legislasi penting yang menetapkan penubuhan Pihak Berkuasa Pengurusan Sumber dan Sisa Mampan Sarawak, bertanggungjawab mempromosikan pengurusan sumber yang mampan serta pengurangan sisa di negeri ini.

“RUU ini menyediakan kerangka komprehensif termasuk pengisytiharan sumber lestari terkawal, keperluan perlesenan dan mekanisme penguatkuasaan. “Ia juga menubuhkan Dana Pengurusan Sumber dan Sisa Mampan, yang akan menyokong aktiviti pihak berkuasa dan mempromosikan amalan lestari di Sarawak,” jelasnya.

Beliau menegaskan bahawa RUU itu turut menetapkan penalti bagi mereka yang gagal mematuhi peruntukan undang-undang termasuk denda dan penjara, serta memberikan perlindungan kepada pemberi maklumat dan pihak yang membantu penguatkuasaan.

Johnichal menambah bahawa pelaksanaan RUU ini akan membuka peluang baharu, mempromosikan pertumbuhan ekonomi mampan serta melindungi alam sekitar.

Kerjasama erat antara komuniti, industri dan pihak berkepentingan adalah penting bagi memastikan pengamalan amalan lestari, selain pelaburan dalam pendidikan dan program kesedaran untuk mengubah tingkah laku masyarakat.

“RUU ini adalah langkah signifikan ke arah mencapai visi Sarawak yang mampan. Saya yakin dengan sokongan semua ahli Dewan, kita mampu mencipta masa depan yang lebih baik untuk negeri ini,” katanya.

Beliau mengakhiri ucapannya dengan menyatakan sokongan penuh terhadap Rang Undang-Undang Pengurusan Sumber dan Sisa Mampan 2025.

Yakub Arbi (Balingian – GPS) membahaskan RUU Pengurusan Sumber Lestari dan Sisa 2025 pada Persidangan DUN Sarawak ke-19, Petra Jaya. Foto UKAS

Sementara itu, menurut Yakub Arbi (Balingian – GPS), RUU itu menandakan komitmen Sarawak untuk menggalakkan pembangunan ekonomi kitaran, pengurusan sumber mampan, dan tadbir urus alam sekitar yang lebih berkesan.

“RUU ini bukan sekadar kemas kini pentadbiran, tetapi transformasi struktur bagi memastikan kesihatan alam sekitar dan ekonomi jangka panjang Sarawak. 

“Di bawah RUU ini, Pihak Berkuasa Pengurusan Sumber dan Sisa Mampan akan ditubuhkan untuk menyelaras pengurusan sumber dan sisa di seluruh negeri.

“Ini termasuk menyediakan sistem pengurusan mampan; menyelaras agensi kerajaan, industri, dan komuniti menguatkuasakan piawaian operasi dan menyokong inisiatif ekonomi kitaran dan pembangunan industri hijau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan RUU Pengurusan Sumber Lestari dan Sisa 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini.

Mengulas lanjut, pihak berkuasa itu juga diberi kuasa mengeluarkan arahan, meluluskan operasi, menubuhkan jawatankuasa pakar, serta mempromosikan inovasi dan pelaburan dalam sektor kelestarian.

“Selain itu, RUU ini memperkenalkan Dana Pengurusan Sumber dan Sisa Mampan bagi membiayai aktiviti pengurusan sumber dan sisa secara lestari. 

“Dana ini dijamin kewangan berterusan, diaudit setiap tahun, dan dilaporkan secara berkanun bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti kewangan.

“RUU ini akan memperkukuh perlindungan alam sekitar Sarawak, memastikan penggunaan sumber lestari, dan membuka peluang baharu dalam sektor tenaga boleh diperbaharui,” jelasnya.

Tambah beliau, RUU itu juga menetapkan peraturan komprehensif mengenai sumber mampan terkawal; pengasingan dan pengendalian sisa; piawaian fasiliti; serta penguatkuasaan termasuk kuasa menahan, merampas, dan prosedur siasatan moden.

“Dengan rang undang-undang ini, Sarawak dijangka menjadi peneraju negeri hijau di Malaysia, sambil menyokong ekonomi berdaya tahan dan lestari bagi generasi akan datang,” ujarnya. 


Oleh Shikin Mahmud & Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak berpotensi jadi ‘Sweden Asia’ dalam urus sisa – Mohamad Duri
Next: DUN: Sarawak luluskan Rang Undang-Undang Pengurusan Sumber Lestari dan Sisa 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.