Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2025 langkah tepat atasi kekeliruan sedia ada
  • SEMASA

DUN: RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2025 langkah tepat atasi kekeliruan sedia ada

Utusan Sarawak 18 hours ago
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin semasa membahaskan RUU berkenaan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di sini, hari ini. -Foto UKAS

PETRA JAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah (Pindaan) 2025 dilihat sebagai satu langkah yang sesuai dan penting bagi menyelesaikan kekeliruan serta kelemahan yang terdapat dalam Kanun Tanah Sarawak pada masa ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin menyatakan bahawa pengenalan peruntukan baharu Seksyen 32AA dan 171A dianggap sejajar dengan keperluan semasa negeri ini bagi memastikan sistem perundangan tanah Sarawak terus relevan, saksama dan berkesan.

Menurutnya, Seksyen 32AA memperkenalkan mekanisme kawalan terhadap pengangkutan bahan batuan seperti batu, pasir, batu kapur dan mineral lain ke luar Sarawak, dengan mewajibkan lesen sah sebagai syarat utama.

“Bahan batuan merupakan sumber asli penting kepada negeri ini, bukan sahaja dari segi ekonomi malah turut memberi impak kepada alam sekitar dan identiti budaya kita.

“Tanpa pengawalan rapi, aktiviti pengambilan dan pengangkutan bahan batuan secara haram boleh mengakibatkan kerosakan alam sekitar yang serius seperti hakisan tanah, pemendapan sungai dan kemusnahan habitat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan RUU berkenaan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di sini, hari ini.

Tambah Wilfred, penguatkuasaan lesen di bawah Seksyen 32AA bukan sekadar mengawal selia aktiviti berkaitan bahan batuan, malah memastikan Sarawak menerima pulangan sewajarnya menerusi kutipan royalti, cukai dan fi.

Dalam pada itu, beliau membantah cadangan ADUN Padungan, Chong Chieng Jen yang mahu hukuman terhadap pengangkut yang melanggar peraturan diringankan, sambil menegaskan bahawa kelonggaran sedemikian boleh membawa kesan buruk termasuk kerosakan alam sekitar serta kehilangan pendapatan kepada negeri.

Menyentuh Seksyen 171A pula, beliau menjelaskan bahawa peruntukan itu memberi kejelasan dari sudut perundangan terhadap status dan perlindungan tanah wakaf atau ‘endowment lands’ yang telah lama menjadi tunjang kepada institusi keagamaan serta kebajikan seperti masjid, gereja, kuil dan sekolah mubaligh.

“Tanpa undang-undang khusus, tanah wakaf terdedah kepada pelbagai risiko termasuk pencerobohan, salah urus dan pengambilan secara tidak sah,” tambahnya. 

Wilfred berkata Seksyen 171A akan menyediakan asas perundangan yang jelas, melindungi hak milik, memudahkan penyelesaian pertikaian serta mengenakan penalti terhadap pelanggaran undang-undang, sekali gus memastikan tanah berkenaan kekal digunakan untuk tujuan asalnya.

Amanda L. & Masrin Affirah 

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: RUU Pindaan Kanun Tanah 2025 fokus pemodenan, penguatkuasaan digital
Next: DUN: RUU Kanun Tanah 2025 perkukuh peranan tanah wakaf demi manfaat rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.