Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • DUN: RM50 juta untuk atasi banjir Miri, dua stesen pam utama dibina
  • Utara
  • WILAYAH

DUN: RM50 juta untuk atasi banjir Miri, dua stesen pam utama dibina

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Dr. Penguang Manggil semasa menjawab soalan lisan Adam Yii Siew Sang (GPS – Pujut) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19, hari ini.

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sejumlah RM50 juta bagi pelaksanaan projek tebatan banjir di Miri dalam usaha menangani bencana alam yang semakin kerap berlaku akibat perubahan iklim dan fenomena air pasang besar.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Penguang Manggil, berkata projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Miri Fasa 1 telah bermula sejak November 2023 dengan kos RM25.655 juta.

“Fasa pertama ini merangkumi pembinaan dua stesen pam utama di Jalan Miri Lutong (bersebelahan jambatan Lutong) dan di Jalan Permaisuri (berhampiran tanah perkuburan Sungai Baong).

“Ia bertujuan mengurangkan risiko banjir di kawasan seperti Kampung Pangkalan Lutong dan Jalan Jee Foh,” katanya.

Penguang berkata demikian semasa menjawab soalan lisan Adam Yii Siew Sang (GPS – Pujut) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19, hari ini.

Menurut Penguang, Fasa 2 projek tersebut juga telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), dengan reka bentuk terperinci telah disiapkan dan dijangka ditender pada suku akhir 2025.

“Fasa kedua akan melibatkan kawasan Pujut, Lopeng dan sebahagian Taman Tunku,” jelasnya.

Antara komponen utama projek tebatan banjir tersebut termasuk pendalaman dan pelebaran Sungai Dalam, pembinaan kolam takungan (detention pond), pemindahan jambatan atau struktur usang yang menghalang aliran air, penambahbaikan sistem saliran dan pembinaan dinding sungai (riverwall).

Tambah beliau, secara keseluruhan, nilai skim projek ini mencecah RM50 juta, namun siling peruntukan RMK-12 buat masa ini hanya meliputi perkhidmatan reka bentuk terperinci, kerja-kerja survei dan sebahagian pengambilan tanah.

Dalam jangka masa panjang, kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak turut merancang penyelesaian lebih inovatif dan mampan untuk mengatasi masalah banjir di Miri.

Antara pendekatan yang sedang dipertimbangkan adalah pembinaan sistem aci menegak (vertical shaft) yang berfungsi sebagai takungan sementara untuk menampung limpahan air permukaan secara serta-merta.

Oleh Norman B.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Engkilili tampil hulur sumbangan mangsa kebakaran
Next: KRT Buangsiol galak belia sertai SRS demi keselamatan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.