Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: RM20 juta untuk program GETS, beri manfaat 1,000 graduan – Premier Sarawak
  • SEMASA

DUN: RM20 juta untuk program GETS, beri manfaat 1,000 graduan – Premier Sarawak

Utusan Sarawak 50 mins ago
Premier Sarawak ketika bercakap pada persidangan hari pertama Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang ke-19, di Petra Jaya. Foto UKAS

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak menyediakan RM20 juta tahun depan untuk program Skim Pekerjaan Siswazah (GETS), kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak berkata ia dijangka memberi manfaat kepada 1,000 graduan untuk mempersiapkan mereka memasuki tenaga kerja dengan lebih berkesan.

“Program GETS ini bagi menangani pengangguran graduan dan memastikan graduan muda Sarawak memiliki kemahiran yang diperlukan pasaran kerja.

“Graduan yang menyertai program ini akan menerima elaun bulanan RM1,500 dan peluang latihan di sektor awam dan swasta, dengan fokus pada kemahiran insaniah, pembangunan kepimpinan, dan kerja berpasukan,” katanya ketika membentang Belanjawan 2026 hari ini.

Abang Johari berkata program Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan terus diperkukuhkan.

(a) Memperkukuh Ekosistem TVET
• Mengembangkan rangkaian institusi latihan teknikal termasuk Sarawak Skills, i-CATS University College, CENTEX, dan Kolej Laila Taib.
• RM96.2 juta diperuntukkan untuk kos operasi pada 2026.
• Tambahan RM18 juta untuk pembangunan, termasuk perbelanjaan modal bagi Sarawak Skills, Advance Automotive Training Centre, dan naik taraf kampus SAVTI (Institut Latihan Vokasional Pertanian Sarawak

(b) NextGen TVET
• Menekankan pembelajaran berasaskan industri dan pendidikan sepanjang hayat.
• RM4.5 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan NextGen Digital and Innovation Talent Programme untuk sekolah dan Sarawak Digital and Innovation Talent Acceleration Programme.

(c) Memperkuat Kolaborasi Industri dan Perkongsian
• Mengukuhkan kerjasama antara institusi TVET dan sektor ekonomi utama supaya tenaga kerja Sarawak dilengkapi kemahiran relevan industri.
• Institusi seperti Sarawak Skills dan i-CATS University College bekerjasama dengan rakan dalam bidang tenaga, kejuruteraan, pertanian, dan teknologi digital untuk membangunkan program latihan yang memenuhi kehendak sebenar pasaran.
• Penyertaan aktif dalam WorldSkills Malaysia Sarawak 2025 sebagai platform strategik untuk mengenal pasti dan memupuk bakat teknikal, dengan penglibatan industri dalam reka bentuk projek dan penilaian prestasi.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Duta Besar Republik China
Next: Toh Puan Fauziah terima kunjungan hormat delegasi FAMA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.