Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Rakyat Sarawak berpendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah layak terima bantuan RM250 hingga RM800 setahun menerusi SKAS
  • SEMASA

DUN: Rakyat Sarawak berpendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah layak terima bantuan RM250 hingga RM800 setahun menerusi SKAS

Utusan Sarawak 6 months ago

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak bakal memberikan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang akan memanfaatkan seramai 850,000 penerima bermula tahun depan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, rakyat Sarawak yang layak akan menerima bantuan kewangan antara RM250 hingga RM800 setahun menerusi SKAS.

“Sebanyak RM450 juta diperuntukkan bagi inisiatif baharu Bajet Sarawak 2025. Ia bertujuan meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025), 2024 semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, penerima yang layak adalah rakyat Sarawak yang menetap di Sarawak, dengan pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah layak menerima bantuan sebanyak RM800.

Bagi warga emas tanpa pasangan dan anak dengan pendapatan RM5,000 ke bawah akan menerima bantuan sebanyak RM400 dan bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan menerima bantuan sebanyak RM250.

“Bantuan ini akan membantu mereka membeli barangan makanan asas seperti beras, tepung dan minyak masak.

“Kebanyakan penerima SKAS juga akan menerima sumbangan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR),” tambahnya.

Continue Reading

Previous: DUN: 25,000 pelajar Sarawak di IPT diberi wang saku RM1,200 tahun depan
Next: Sarawak sediakan elaun khas untuk kakitangan awam negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.