Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Projek MVCC Kapit-Baleh dijangka siap 2027, sambungan ke rumah panjang dalam kajian
  • TEMPATAN

DUN: Projek MVCC Kapit-Baleh dijangka siap 2027, sambungan ke rumah panjang dalam kajian

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIMBALAN Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Ibrahim Baki menjawab soalan Nicholas Kudi Jantai (GPS–Baleh) pada persidangan DUN ke-19 di Kompleks DUN, hari ini. Foto Jabatan Penerangan

PETRA JAYA: Projek bekalan elektrik Kapit-Baleh dengan kos anggaran RM62 juta kini sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada suku kedua 2027. 

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Ibrahim Baki berkata, projek berkenaan merupakan usaha berterusan kerajaan untuk memperkukuh bekalan elektrik di kawasan pedalaman.

“Selepas projek pembinaan talian 33kV Konduktor Bersalut Voltan Sederhana (MVCC) siap, kerajaan melalui kementeriannya bersama Sarawak Energy sedang meneliti kebolehlaksanaan penyambungan grid elektrik ke rumah-rumah panjang di sekitar kawasan Baleh,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Nicholas Kudi Jantai (GPS–Baleh) pada persidangan DUN ke-19 di Kompleks DUN, hari ini.

Bagi kawasan Tunoh pula, beliau memaklumkan bahawa projek pembinaan MVCC serta pencawang 33/11kV telah dikemukakan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk pertimbangan dan kelulusan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DUN: Empat ADUN GPS sokong usul Ombudsman, DAP bantah
Next: DUN: Violet bantah pelan pembangunan semula kawasan perindustrian Pending

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.