Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Projek infrastruktur asas di Tellian perlu dipercepat demi kesejahteraan rakyat
  • SEMASA

DUN: Projek infrastruktur asas di Tellian perlu dipercepat demi kesejahteraan rakyat

Utusan Sarawak 3 hours ago
Royston Valentine (GPS-Tellian) ketika membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19, di sini hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Beberapa projek pembangunan infrastruktur asas di Tellian, termasuk jalan raya, bekalan air terawat dan elektrik, masih tertangguh, menjejaskan mobiliti penduduk serta akses kepada perkhidmatan asas. 

Royston Valentine (GPS-Tellian) menegaskan bahawa isu terbengkalai ini memerlukan tindakan segera daripada kerajaan negeri supaya rakyat dapat menikmati kemudahan asas yang selamat, moden dan setara dengan keperluan semasa.

“Kelewatan ini menjejaskan mobiliti penduduk dan pembangunan ekonomi setempat. Kami berharap kerajaan mengambil tindakan segera untuk memastikan projek ini dapat diteruskan tanpa sebarang penangguhan lagi,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19, di sini, hari ini. 

Dalam pada itu, Royston menggesa penambahbaikan kemudahan di Hospital Mukah, Klinik Pergigian dan Klinik Ibu dan Anak, termasuk penubuhan jawatan pakar kanak-kanak secara tetap. 

Dalam sektor pelancongan, potensi Tellian sebagai destinasi budaya Melanau disorot, termasuk pemanfaatan peruntukan Belanjawan 2026 bagi memajukan Lamin Dana dan Sapan Puloh sebagai pusat pelestarian budaya, sejarah dan warisan masyarakat Melanau.

Selain itu, beliau menekankan langkah pencegahan penyalahgunaan dadah, memuji tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), serta menggesa kerjasama pelbagai agensi bagi program pencegahan lebih proaktif di sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan komuniti.

Royston menegaskan semua isu yang dibangkitkan adalah keperluan mendesak rakyat dan berharap kerajaan negeri memberi perhatian serius agar pembangunan luar bandar dan kemudahan asas terus diperkasa.

Oleh Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Mohamad Duri gesa tindakan segera kerajaan tangani isu infrastruktur di DUN Kalaka
Next: Jalan balak jadi keutamaan, Sarawak perkemas selenggara bawah MARRIS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.