Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Petros sebagai aggregator gas, tidak boleh dirunding, sudah muktamad
  • SEMASA

DUN: Petros sebagai aggregator gas, tidak boleh dirunding, sudah muktamad

Utusan Sarawak 6 months ago

TEGAS…. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi. Foto HERRIEY NAHA

PETRA JAYA: Pelantikan Petroleum Sarawak Berhad (Petros), anak syarikat milik kerajaan Sarawak, sebagai aggregator gas tunggal di negeri ini, adalah muktamad.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata isu itu tidak boleh dirunding dan sudah dimuktamadkan.

“Petros secara rasmi sebagai aggregator gas tunggal di negeri ini berkuatkuasa 1 Februari 2024.

“Petros berperanan untuk menjalankan semua aktiviti yang berkaitan dengan perolehan, pembekalan, pengesaran dan penjualan gas asli di negeri ini.

“Sebagai aggregator, Petros bertanggungjawab membuat perancangan, operasi dan penyelenggaraan sistem rangkaian pengedaran gas asli di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Petronas dalam kenyataannya sebelum ini menyatakan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petros mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).

Julaihi berkata perbincangan antara Petros dan Petronas sekarang adalah mengenai aspek teknikal.

Menurutnya, kerajaan Sarawak akan terus berusaha untuk mempertahankan hak mutlak ke atas sumber gas asli negeri ini dan ia perlu dihormati dan tidak boleh dipertikaikan oleh semua pihak termasuk Petronas.

“Hak ini berasaskan undang-undang Sarawak yang masih berkuatkuasa sehingga kini adalah sangat penting dalam memastikan hasrat kita untuk mengawal sepenuhnya sumber gas asli demi kesejahteraan rakyat Sarawak khususnya dan Malaysia secara amnya,”katanya.

Julaihi berkata Sarawak menyumbang sebanyak 60 peratus daripada sumber gas asli di Malaysia.

Namun begitu, sebanyak 94 peratus daripada penghasilan gas asli di Sarawak dieksport dan tidak dimanfaatkan untuk pembangunan industri tempatan di negeri ini.

Oleh itu katanya, sudah tiba masa untuk Sarawak memanfaatkan sumber gas asli bagi memajukan industri di Sarawak.

Oleh Noor Ikmal

Continue Reading

Previous: DUN: 58 sekolah daif siap dibina semula bawah peruntukan khas
Next: DUN: Isu kontrak 55 bas hidrogen, Lee tempelak wakil DAP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.