Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Petros kekal pengagregat tunggal gas, selaras hak Sarawak dalam MA63
  • SEMASA

DUN: Petros kekal pengagregat tunggal gas, selaras hak Sarawak dalam MA63

Utusan Sarawak 2 days ago
MENTERI Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. -Foto JAPEN

PETRA JAYA: Sarawak menegaskan pendiriannya bahawa Petroleum Sarawak Berhad (Petros) adalah entiti yang sah dan berhak sebagai pengagregat tunggal gas di negeri ini.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, perkara tersebut sejajar dengan hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Ordinan Perlombongan Minyak 1958 dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1963.

“Tuntutan ini bukan bersifat politik atau kehendak semata-mata, sebaliknya berasaskan undang-undang yang memperakui kuasa Sarawak terhadap sumber alamnya sendiri.

“Ini bukan sekadar dasar, ini hak mutlak kita di bawah kerangka undang-undang negeri Sarawak. 

“Kita tidak melampaui batas, kita bertindak dalam bidang kuasa yang sah,” tegas beliau ketika ucapan penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, menyifatkan Petros sebagai lebih daripada sekadar syarikat tetapi merupakan pemangkin ekonomi Sarawak dan lambang penentuan nasib sendiri oleh rakyat negeri ini.

“Petros dipimpin oleh anak Sarawak yang berkelayakan tinggi dan berpengalaman luas dalam sektor minyak dan gas dan mereka bukan semata-mata mengejar keuntungan, tetapi berjuang demi masa depan Sarawak.

“Kerajaan negeri menggesa agar isu Petros-Petronas tidak dipolitikkan, sebaliknya difahami sebagai usaha memperkukuh pembangunan negeri dalam semangat kerjasama Persekutuan.

“Jangan salah tafsir hasrat kita. Kita tidak mahu merampas hak sesiapa. Kita mahu Malaysia berjaya bersama. Kita mahu kemakmuran dikongsi tanpa ada sesiapa yang tertinggal,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan, khususnya Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, atas kesediaan bekerjasama menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Petronas dan Premier Sarawak baru-baru ini.

“Inilah bukti bahawa kerjasama yang berlandaskan hormat dan saling percaya mampu membawa kepada kejayaan bersama. Terima kasih PMX, terima kasih Kerajaan Pusat.

“Saya menyeru seluruh rakyat Sarawak agar terus bersatu mendukung perjuangan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam mempertahankan hak negeri.

“Kita bangkit bukan untuk berpecah. Kita bangkit untuk maju. Kita berdiri bersama Premier Abang Jo dan beliau ‘will never walk alone’,” katanya penuh semangat.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: 16 jambatan baharu tingkat keterhubungan rakyat Sarawak
Next: DUN: Projek Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah Fasa 1 capai lebih 50 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.