Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Petronas perlu bekerjasama dengan Petros untuk projek di Sarawak babitkan kongsi a/bangsa 
  • SEMASA

DUN: Petronas perlu bekerjasama dengan Petros untuk projek di Sarawak babitkan kongsi a/bangsa 

Utusan Sarawak 3 days ago

PETRA JAYA: Petronas perlu bekerjasama dengan Petros untuk sebarang projek di Sarawak pada masa akan datang yang membabitkan rakan kongsi antarabangsa.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata perkara tersebut termaktub dalam Pengisytiharan Bersama yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak pada 21 Mei 2025 lalu.

“Dalam pengisytiharan itu, dinyatakan secara jelas bahawa bagi projek masa hadapan yang melibatkan rakan antarabangsa di Sarawak, Petronas hendaklah bekerjasama dengan Petros.

“Kerjasama tersebut meliputi pelbagai inisiatif strategik termasuk pelaksanaan projek berkaitan gas, tenaga hijau, hidrogen dan penjanaan kuasa yang selaras dengan aspirasi Sarawak untuk muncul sebagai hab tenaga utama di rantau ASEAN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan di akhir sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di sini, hari ini.

Abang Johari turut menegaskan bahawa pengiktirafan Petros sebagai pengagregat gas mengukuhkan kedudukan Sarawak dalam industri tenaga, sekali gus memberi jaminan dari segi kejelasan perundangan dan kestabilan pelaburan.

“Langkah ini membuka ruang lebih luas kepada pelaburan antarabangsa dan menunjukkan keyakinan Kerajaan Persekutuan terhadap keupayaan dan hak eksekutif Sarawak dalam mengurus pengedaran gas di negeri ini.

“Usaha ini turut memperkukuh kedudukan Sarawak dalam rantaian bekalan tenaga serantau dan global.

“Dalam pada itu, usaha ini turut membuka laluan kepada pembangunan ekonomi berimpak tinggi yang akan memberi manfaat langsung kepada rakyat,” katanya.

Oleh MASRIN AFFIRAH

Continue Reading

Previous: DUN: Pelbagai projek strategik bakal tambah RM120 bilion kepada KDNK, wujud 185,000 peluang kerja – Abang Johari
Next: DUN: Semua 1,106 perkhidmatan kerajaan Sarawak diakses dalam talian menjelang 2030 – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.