Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Persidangan DUN Sarawak ditangguhkan selepas lulus enam RUU
  • SEMASA

DUN: Persidangan DUN Sarawak ditangguhkan selepas lulus enam RUU

Utusan Sarawak 2 days ago
SPEAKER DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar. -Foto Bernama

PETRA JAYA: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak, selepas berlangsung selama lapan hari bermula 19 Mei lepas dan enam Rang Undang-Undang (RUU) diluluskan dengan majoriti sangat besar. 

Speaker DUN Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar mengumumkan penangguhan itu selepas usul untuk menangguhkan persidangan dibentangkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. 

RUU Pusat Biodiversiti Sarawak (Pindaan) 2025 untuk memperluas kuasa pusat itu termasuk mengkomersialkan harta intelek, memohon pembiayaan luar dan menubuhkan anak syarikat bagi memasarkan hasil penyelidikan, merupakan RUU pertama diluluskan. 

Ini disusuli RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2025 yang antara lain bertujuan menyediakan mekanisme rasmi bagi pendaftaran tanah wakaf atau oleh agama lain dalam rekod daftar tanah Sarawak. 

Turut diluluskan RUU Tabung Amanah Pembangunan Infrastruktur (Pembubaran), RUU Pihak Berkuasa Tempatan (Pindaan) 2025, RUU Perbekalan Tambahan (2024) bagi meluluskan peruntukan sebanyak RM153,769,197 dan RUU Perbekalan Tambahan (2025) sebanyak RM237,660,520. 

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Malaysia bakal muncul sebagai destinasi utama pelancongan perubatan
Next: Dr Mahathar dilantik Ketua Pengarah Kesihatan baharu berkuat kuasa esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.