Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Persempadanan pilihan raya di bawah kuasa SPR, bukan kerajaan negeri
  • SEMASA

DUN: Persempadanan pilihan raya di bawah kuasa SPR, bukan kerajaan negeri

Utusan Sarawak 9 hours ago
DATO Fazzrudin Abdul Rahman (GPS- Tupong) semasa membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Komposisi Keanggotaan pada Persidangan DUN di sini, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Dato Fazzrudin Abdul Rahman (GPS- Tupong) menegaskan bahawa persempadanan pilihan raya adalah kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bukan di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) atau kerajaan negeri.

“Rang Undang-Undang ini hanya melibatkan penambahan bilangan kerusi daripada 82 kepada 99. Itu sahaja. 

“Persempadanan kawasan pilihan raya adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bukan DUN dan bukan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Komposisi Keanggotaan pada Persidangan DUN di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak memaklumkan bahawa dakwaan yang mengaitkan penambahan kerusi ini sebagai satu strategi politik untuk mengukuhkan pengaruh Gabungan Parti Sarawak (GPS) merupakan tuduhan tidak berasas serta menunjukkan kekeliruan pihak pembangkang.

“Mereka mendakwa kita cuba membentuk persempadanan mengikut kepentingan GPS.

“Hakikatnya, selepas diluluskan, kita hanya akan mengemukakan kepada SPR untuk tindakan lanjut. Maka tidak timbul soal GPS menentukan kawasan,” tegas beliau.

Beliau turut menyentuh kenyataan ADUN Pending dan Padungan yang disifatkan sebagai ‘keliru’ kerana dalam masa yang sama bersetuju kawasan besar perlu dipecah, namun menolak rang undang-undang berkenaan.

“Mereka ini saya anggap sebagai ‘confused parliamentarians’. 

“Setuju untuk pecahkan kawasan, tetapi menolak penambahan kerusi. Ini satu bentuk percanggahan yang tidak sepatutnya berlaku,” ujar beliau.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa penambahan kerusi penting khususnya bagi kawasan luar bandar yang sangat luas dan sukar dibangunkan jika hanya diwakili oleh seorang ADUN.

“Contohnya Hulu Rajang, keluasan kawasan itu hampir menyamai negeri Pahang, tetapi hanya diwakili oleh tiga ADUN. 

“Ini secara langsung menjejaskan kemampuan untuk menyampaikan pembangunan dan perkhidmatan secara efisien,” jelasnya.

Justeru, penambahan kerusi DUN dilihat sebagai satu keperluan bagi memastikan setiap kawasan dapat dibangunkan secara menyeluruh selain memperkukuh representasi rakyat di peringkat negeri.

“Kalau satu kawasan hanya ada seorang ADUN, maka peruntukan hanya akan sampai ke satu kawasan besar. 

“Tetapi jika kawasan itu dibahagi dua, maka peruntukan boleh diagihkan secara lebih tersusun dan efektif ke kawasan yang lebih kecil,” katanya.

Oleh Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Keluasan Sarawak setanding Semenanjung, kerusi DUN masih ketinggalan
Next: DUN: Imbangi tugas wakil rakyat, penambahan kerusi DUN diperlukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.