Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Penubuhan Hab R&D Semikonduktor di UK kukuhkan kedudukan industri global
  • SEMASA

DUN: Penubuhan Hab R&D Semikonduktor di UK kukuhkan kedudukan industri global

Utusan Sarawak 2 days ago
DATO Sri Roland Sagah Wee Inn ketika menggulung perbahasan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

PETRA JAYA: Sarawak melakar pencapaian baharu dalam industri teknologi apabila berjaya menubuhkan Hab Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Semikonduktor di Newport, Wales, United Kingdom, sebagai langkah strategik memperkukuh kedudukan negeri dalam landskap semikonduktor global.

Hab tersebut diwujudkan melalui Sarawak Microelectronics Design (SMD) dengan kerjasama CSA Catapult, sekali gus membolehkan akses langsung kepada kemudahan penyelidikan bertaraf dunia, bakat profesional antarabangsa dan rakan industri utama.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, kejayaan penting ini turut menyaksikan pelancaran prototaip keteq.ai – penukar kuasa pintar berasaskan teknologi Edge AI yang dibangunkan untuk digunakan dalam grid pintar, kenderaan elektrik (EV) dan sistem industri.

“Pelancaran keteq.ai di Newport baru-baru ini disaksikan oleh Premier Sarawak sendiri dan ia merupakan satu pencapaian besar dalam mempamerkan kemampuan kita menghasilkan teknologi bertaraf antarabangsa,” katanya ketika menggulung perbahasan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Menurut Roland, pembangunan teknologi berimpak tinggi seperti ini memerlukan sokongan tenaga kerja mahir.

Sehubungan itu, kerajaan negeri menyasarkan untuk melahirkan 500 jurutera semikonduktor tempatan menjelang 2030.

Bagi mencapai sasaran itu, SMD telah melaksanakan beberapa program latihan dan pemerkasaan bakat, antaranya Program Penguasaan Semikonduktor yang dijalankan dengan kerjasama Melexis dan CENTEXS.

“Setakat ini, seramai 28 pelatih telah berjaya menamatkan latihan selama enam bulan dan telah diserap bekerja di SMD, Melexis dan X-FAB,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa pendekatan menyeluruh ini bukan sahaja membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat Sarawak, malah menandakan langkah proaktif kerajaan negeri dalam membina ekosistem teknologi masa hadapan.

“Kita mahu Sarawak menjadi pemain utama dalam industri semikonduktor rantau ini. Menerusi pelaburan strategik dan pembangunan modal insan, saya yakin impian ini boleh direalisasikan,” katanya lagi.

Oleh Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Awas tawaran palsu Visa Mujamalah di media sosial – Tabung Haji
Next: DUN: Penolakan Chong terhadap projek strategik disifatkan tidak berasas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.