Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Peningkatan bilangan Ahli Majlis perlu inklusif, berkesan
  • SEMASA

DUN: Peningkatan bilangan Ahli Majlis perlu inklusif, berkesan

Utusan Sarawak 2 days ago
JOSEPH Chieng Jin Ek (GPS- Bukit Assek) berkata, penambahan bilangan Ahli Majlis ini dapat mewujudkan satu majlis yang lebih inklusif dan berkesan, di mana pelbagai segmen masyarakat termasuk golongan belia, wanita, profesional dan pemimpin akar umbi dapat diwakili dengan lebih baik. -Foto UKAS

PETRA JAYA: Peningkatan bilangan Ahli Majlis daripada 30 kepada 33 orang amat diperlukan bagi menangani kerumitan isu-isu bandar yang semakin meningkat serta keperluan untuk wakil yang lebih meluas dalam majlis tempatan Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek berkata, penambahan bilangan Ahli Majlis ini dapat mewujudkan satu majlis yang lebih inklusif dan berkesan, di mana pelbagai segmen masyarakat termasuk golongan belia, wanita, profesional dan pemimpin akar umbi dapat diwakili dengan lebih baik.

Tambahnya, ini secara langsung akan meningkatkan tahap kepekaan dan akauntabiliti pihak berkuasa tempatan.

“Mereka merupakan barisan hadapan kerajaan di mana mereka bentuk penyampaian perkhidmatan awam yang paling dekat dan jelas kepada masyarakat.

“Dari pengurusan sisa, perancangan bandar, pelesenan hingga ke aduan rakyat, di sinilah pentadbiran bertemu dengan kehidupan harian rakyat,” katanya semasa sesi perbahasan bagi Rang Undang-Undang (RUU) Pihak Berkuasa Tempatan (Pindaan), 2025 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, hari ini.

Justeru, beliau menyeru agar Ahli Majlis diberi latihan dan diberdayakan untuk menjadi penghubung yang berkesan antara kerajaan dan rakyat, memastikan komuniti mendapat maklumat dan manfaat daripada sistem sokongan yang disediakan.

Mengulas mengenai wakil rakyat pembangkang yang ingin mendapat bantuan, beliau percaya Ahli Majlis akan membantu namun bergantung kepada cara pihak untuk meminta bantuan.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Pengiktirafan, fleksibiliti tadbir urus tempatan penentu keberkesanan perkhidmatan awam
Next: Petros, CJI meterai perjanjian pembangunan Hab Rendah Karbon Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.