Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • DUN: Pendekatan tidak seimbang, Sarawak henti projek hutan Ulu Baram
  • Utara
  • WILAYAH

DUN: Pendekatan tidak seimbang, Sarawak henti projek hutan Ulu Baram

Utusan Sarawak 20 hours ago
DATUK Len Talif Salleh menjawab soalan Dato Dennis Ngau (GPS – Telang Usan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak telah menamatkan projek Kawasan Hutan Baram Atas (UBFA) yang dilaksanakan bersama Bruno Manser Fonds (BMF), selepas mendapati projek tersebut tidak memenuhi syarat dan matlamat inklusif yang ditetapkan.

Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datuk Len Talif Salleh, berkata keputusan penamatan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu pada 10 Oktober 2024, dengan persetujuan daripada pihak Pertubuhan Kayu Tropika Antarabangsa (ITTO) sendiri.

“Antara sebab utama penamatan ialah pendekatan BMF yang hanya memfokuskan kepada komuniti Penan tanpa mengambil kira keperluan dan kepentingan komuniti lain seperti Kenyah, Kelabit dan Saban yang turut mendiami kawasan berkenaan.

“Pendekatan sedemikian boleh menjejaskan keharmonian antara komuniti di Ulu Baram.

“Tambahan pula, BMF mahu menjadikan kawasan itu sebagai kawasan pemuliharaan sepenuhnya, sedangkan kawasan perlindungan sepenuhnya (TPA) sudah pun wujud berdekatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dato Dennis Ngau (GPS – Telang Usan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Len turut menegaskan bahawa keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kelangsungan hidup mana-mana komuniti di kawasan terlibat kerana pelbagai program pembangunan dan peningkatan taraf hidup terus dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui jabatan dan agensi berkaitan.

“Sejak 1992, Jabatan Hutan Sarawak tidak pernah membatalkan mana-mana projek kerjasama bersama ITTO, kecuali projek ini, atas sebab-sebab yang sangat wajar,” ujarnya.

Sebagai rekod, kerajaan Sarawak telah menandatangani empat perjanjian projek bersama ITTO, dua pada Mac 2023, dan dua lagi pada September 2024, melibatkan tiga projek di Ulu Baram dan satu di Sungai Menyang, Lubok Antu.

Oleh Masrin Affirah & Amanda L.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Berhati-hati memandu di Jalan Sipan/Temalat
Next: BSMM Miri santuni dua keluarga kurang berkemampuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.