Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Penambahan kerusi rapatkan jurang bandar-luar bandar
  • SEMASA

DUN: Penambahan kerusi rapatkan jurang bandar-luar bandar

Utusan Sarawak 15 hours ago
JOHN llus (GPS- Bukit Semuja) semasa membahaskan Rang Undang-Undang Komposisi Keanggotaan DUN Sarawak 2025 pada Persidangan DUN, di sini, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Penambahan 17 kerusi baharu amat penting bagi merapatkan jurang pembangunan bandar-luar bandar serta menjamin keterwakilan kaum minoriti dan masyarakat pedalaman secara adil dan saksama, kata John Ilus (GPS- Bukit Semuja).

Menurut beliau, ini bukan sahaja memenuhi kehendak perlembagaan tetapi turut mengangkat suara komuniti luar bandar yang selama ini tenggelam dalam corak pengundian dan keutamaan dasar berasaskan bandar.

“Kawasan luar bandar sering disatukan dengan kawasan pertumbuhan bandar. Hasilnya, keperluan asas masyarakat luar bandar seperti air bersih, akses jalan dan elektrik terus terpinggir,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang Komposisi Keanggotaan DUN Sarawak 2025 pada Persidangan DUN, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa pertambahan kerusi akan memberi ruang kepada penubuhan kawasan-kawasan pilihan raya baharu yang berfokuskan luar bandar.

“Perkara ini sekali gus memastikan komuniti peribumi khasnya masyarakat Dayak dapat diwakili secara lebih langsung dan berkesan.

“Kita amat berharap kerusi-kerusi ini dapat didedikasikan untuk menangani cabaran unik masyarakat peribumi. 

“Ini sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCSD 2030) yang menekankan transformasi luar bandar dan keadilan pembangunan wilayah,” ujarnya.

Tambah beliau, penambahan kerusi juga berupaya mengurangkan bebanan tugas wakil rakyat yang kini terpaksa meliputi kawasan sangat luas melibatkan rumah panjang yang berselerak dan hanya boleh diakses melalui jalan balak atau sungai.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Penambahan kerusi langkah tepat, diperlukan bagi kawasan luar bandar
Next: DUN: Pastikan pembangunan seimbang, adil untuk seluruh rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.