Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Penambahan kerusi langkah tepat, diperlukan bagi kawasan luar bandar
  • SEMASA

DUN: Penambahan kerusi langkah tepat, diperlukan bagi kawasan luar bandar

Utusan Sarawak 13 hours ago
ANYI Jana (GPS – Ngemah) semasa membahaskan Rang Undang-undang Dewan Undangan Negeri (Komposisi Keanggotaan) 2025 di DUN Sarawak, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Cadangan menambah jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak daripada 82 kepada 99 disifatkan sebagai langkah tepat dan sangat diperlukan, khususnya bagi kawasan luar bandar yang luas serta mencabar dari segi geografi.

Menurut Anyi Jana (GPS – Ngemah), pertambahan jumlah ADUN adalah tindakan yang bersesuaian dengan peningkatan jumlah pengundi susulan pelaksanaan Undi 18, yang telah merubah landskap politik di Sarawak.

“Ini adalah usaha positif dan tepat pada masanya kerana kali terakhir pindaan dibuat adalah pada 2014 apabila jumlah keanggotaan DUN dinaikkan daripada 71 kepada 82 kerusi,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Dewan Undangan Negeri (Komposisi Keanggotaan) 2025 di DUN Sarawak, hari ini.

Beliau menegaskan bahawa pertambahan kerusi penting bagi menjamin suara rakyat terus diwakili secara efektif, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman yang luas dan bertebaran.

“Kawasan Ngemah dan Machan yang terletak dalam Parlimen Kanowit, beliau menjelaskan bahawa gabungan dua kawasan ini meliputi lebih 2,253 kilometer persegi dengan titik tertinggi mencecah 942 meter, menjadikannya jauh lebih besar berbanding beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

“Sebagai perbandingan, negeri Melaka hanya seluas 1,658 kilometer persegi dan Pulau Pinang seluas 1,033 kilometer persegi, namun mereka diwakili oleh lebih ramai wakil rakyat di peringkat negeri dan parlimen,” jelasnya.

Beliau menambah, Melaka mempunyai 28 ADUN dan enam Ahli Parlimen manakala Pulau Pinang mempunyai 40 ADUN serta 13 Ahli Parlimen, berbanding kawasan pedalaman Sarawak yang kebanyakannya hanya diwakili dua ADUN dan seorang Ahli Parlimen.

“Dalam hal ini, Sarawak memerlukan tambahan wakil rakyat bagi mempertingkatkan kecekapan urus tadbir serta keupayaan kerajaan negeri melaksanakan pembangunan secara lebih menyeluruh di kawasan luar bandar.

“Kerajaan negeri di bawah pimpinan Premier Sarawak, sangat komited terhadap pembangunan yang seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar.

“Dengan adanya penambahan keanggotaan DUN, pelaksanaan dasar pembangunan kerajaan negeri dapat digerakkan dengan lebih efisien dan menyeluruh,” ujarnya.

Beliau juga percaya bahawa langkah tersebut akan membantu memperkukuh tadbir urus yang menyokong agenda Sarawak sebagai negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Sehubungan itu, beliau menyatakan sokongan penuhnya terhadap Rang Undang-undang DUN (Komposisi Keanggotaan) 2025 dan yakin penambahan 17 kerusi akan menyumbang kepada masa depan Sarawak yang lebih cerah dan mampan.

Oleh Marin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: RUU tambah kerusi DUN Sarawak penuhi keperluan semasa
Next: DUN: Penambahan kerusi rapatkan jurang bandar-luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.