Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Penambahan kerusi DUN wajar ambil kira keluasan Sarawak
  • SEMASA

DUN: Penambahan kerusi DUN wajar ambil kira keluasan Sarawak

Utusan Sarawak 9 hours ago
LIDAM Assan (GPS – Katibas) semasa membahaskan semasa membahaskan Rang Undang-Undang Dewan Undangan Negeri (Komposisi Keanggotaan) 2025 di DUN Sarawak, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan, menyifatkan cadangan penambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak daripada 82 kepada 99 sebagai langkah yang wajar dan bertepatan dengan realiti geografi negeri ini.

Menurut wakil rakyat dari GPS – Katibas itu, faktor keluasan Sarawak yang amat besar, dengan kepadatan penduduk yang rendah dan taburan penempatan yang tidak sekata, menuntut perwakilan yang lebih adil dan menyeluruh.

“Sebagai contoh, kawasan Parlimen Kapit yang merangkumi DUN Katibas mempunyai keluasan lebih 6,000 kilometer persegi tetapi dengan jumlah penduduk hanya sekitar 43,000 orang. Kawasan sebegini memerlukan perhatian khusus dan sukar diwakili secara efektif tanpa penambahan kerusi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan semasa membahaskan Rang Undang-undang Dewan Undangan Negeri (Komposisi Keanggotaan) 2025 di DUN Sarawak, hari ini.

Menurut beliau, pertambahan kerusi juga akan membantu memperkasa pentadbiran, mempercepat pembangunan luar bandar dan menjamin prinsip keterangkuman sosial dalam usaha mencapai pembangunan seimbang antara bandar dan luar bandar menjelang 2030.

“Ini juga selari dengan Strategik Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang menekankan keperluan untuk memperkukuh infrastruktur asas dan digital di kawasan pedalaman,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada Premier Sarawak atas pemergian isteri tercinta, bagi pihak seluruh rakyat Katibas.

Lidam berkata, pertambahan kerusi ini juga mengambil kira pertambahan jumlah pemilih susulan pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pengundi automatik, selain kemajuan pesat Sarawak di bawah pimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sejak 2014.

“Demi Sarawak Maju Makmur dan prinsip Segulai Sejalai, Katibas berdiri menyokong penuh RUU ini untuk masa depan rakyat dan negeri tercinta,” tegasnya.

RUU tersebut dibentangkan oleh Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan yang juga GPS – Asajaya.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah terima kunjungan hormat delegasi MUBARAK
Next: DUN: Keluasan Sarawak setanding Semenanjung, kerusi DUN masih ketinggalan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.