Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Pelbagai projek strategik bakal tambah RM120 bilion kepada KDNK, wujud 185,000 peluang kerja – Abang Johari
  • SEMASA

DUN: Pelbagai projek strategik bakal tambah RM120 bilion kepada KDNK, wujud 185,000 peluang kerja – Abang Johari

Utusan Sarawak 3 days ago

Abang Johari ketika menggulung perbahasan di akhir sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Pelaksanaan pelbagai projek strategik oleh kerajaan Sarawak dijangka menyumbang tambahan RM120 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri serta mewujudkan 185,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ini terutama pertumbuhan dalam industri gas dan tenaga diperbaharui selain industri karbon.

Katanya, Syarikat Petroleum Sarawak (Petros) akan terus memainkan peranan penting sebagai pengagregat gas dan pengurus sumber negeri.

“Petros akan mengetuai usaha menaik taraf dan memperluas infrastruktur pengagihan gas di Sarawak bagi memastikan bekalan mencukupi untuk keperluan industri dan isi rumah.

“Kerjasama antara Petros dan Petronas juga akan diperkukuh, khususnya bagi pelaksanaan projek masa depan yang melibatkan rakan strategik antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan di akhir sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di sini, hari ini.

Abang Johari berkata kerajaan Sarawak akan melaksanakan pelan untuk meningkatkan pengeluaran gas di dalam wilayahnya, mengoptimumkan penggunaan gas oleh industri dan pengeluaran tenaga bersih.

Katanya, dengan perundangan Sarawak dan pihak berkuasa pengagihan gas sudah disahkan, Sarawak akan mempermudahkan peraturan bagi memastikan kestabilan pertumbuhan gas.

“Usaha ini akan menyediakan peluang pelaburan dalam aktiviti industri hiliran dan huluan untuk pelabur tempatan dan asing.

“Peluang itu termasuk pembangunan tapak pemerapan karbon untuk menerokai potensi besar rizab gas di pesisiran Barat Sarawak.

“Ini membolehkan jumlah gas mencukupi untuk Hab Gas Rendah Karbon Kuching yang sedang dirancang,” katanya.

Continue Reading

Previous: Malaysia terap teknologi AI dalam pengurusan jalan raya
Next: DUN: Petronas perlu bekerjasama dengan Petros untuk projek di Sarawak babitkan kongsi a/bangsa 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.