Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • DUN Pelawan salur RM1.28 juta geran MRP kepada 131 penerima
  • Tengah
  • WILAYAH

DUN Pelawan salur RM1.28 juta geran MRP kepada 131 penerima

Utusan Sarawak 1 day ago
UNTUK KENANGAN… Datuk Michael Tiang Ming Tee merakam kenangan bersama para penerima geran MRP di Dewan UCA, petang tadi.

SIBU: Sebanyak 131 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), persatuan, dan badan bukan kerajaan (NGO) di Sibu menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM1.28 juta.

Majlis penyerahan geran berkenaan berlangsung di Dewan Gabungan Persatuan Cina (UCA) Sibu dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee.

Ketika ditemui media, Tiang yang juga ADUN Pelawan berkata, peruntukan MRP daripada Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kepada setiap wakil rakyat bertujuan memberi manfaat terus kepada rakyat dan komuniti setempat.

“Kami komited untuk terus menyalurkan geran ini kepada persatuan, aktiviti komuniti dan keperluan pembangunan masyarakat. Menerusi sokongan kewangan ini, kita yakin mereka dapat berkembang dan terus menyumbang kepada kemajuan masyarakat. Kita mahu sebuah komuniti yang lebih kukuh dan bersatu padu,” katanya.

Tiang menegaskan bahawa setiap janji yang dibuat akan diusahakan untuk ditunaikan.

“Saya percaya pada janji yang ditepati. Tiada faedah bagi saya untuk mungkir janji. Apa yang saya janjikan, saya akan usahakan untuk tunaikan,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa agar mana-mana pertikaian yang timbul dalam kalangan ahli majlis atau pemimpin persatuan diselesaikan melalui saluran yang betul.

“Gunakanlah sistem dan struktur yang telah disediakan untuk menyelesaikan sebarang isu secara dalaman. Pertelingkahan tidak sepatutnya disuarakan secara terbuka,” katanya, sambil menekankan pentingnya keharmonian dalam masyarakat.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Harden adakan lawatan ke IPD Sri Aman
Next: Parti politik diingatkan tidak ganggu urusan dalaman NGO

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.