Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Pelan Induk Pelabuhan Sarawak siap 2027, transformasi logistik dipacu — Uggah
  • SEMASA

DUN: Pelan Induk Pelabuhan Sarawak siap 2027, transformasi logistik dipacu — Uggah

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas bercakap pada Persidangan DUN di Petra Jaya, hari ini.
Foto Ukas

PETRA JAYA: Sarawak sedang melaksanakan agenda transformasi pelabuhan secara menyeluruh dengan penyediaan Pelan Induk Pelabuhan Sarawak yang dijangka siap pada 2027, sekali gus mengukuhkan kedudukan negeri ini sebagai gerbang logistik utama Borneo.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pelan induk berkenaan akan menjadi dokumen strategik untuk menyelaraskan pembangunan semua pelabuhan di bawah satu rangka kerja jangka panjang.

Beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata, pelan tersebut dirangka bagi meletakkan Sarawak sebagai hab perdagangan serantau melalui perancangan berfasa, pembangunan infrastruktur moden serta penyelarasan operasi pelabuhan secara lebih cekap dan kompetitif.

“Tujuan utama pelan ini adalah untuk memposisikan Sarawak sebagai pintu masuk utama Borneo, dengan keupayaan logistik dan perkapalan yang bersepadu serta berdaya saing,” katanya ketika menggulung perbahasan Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Pada masa yang sama, beliau berkata, beberapa inisiatif pemodenan turut digerakkan bagi melonjakkan prestasi pelabuhan sedia ada, termasuk penambahan kapasiti, pemanjangan dermaga dan pendigitalan proses operasi.

Di Pelabuhan Kuching, kerajaan negeri telah memulakan kerja-kerja menaik taraf kawasan limbungan termasuk pembinaan sambungan dermaga sepanjang 250 meter yang disediakan pada 2027, selain penyediaan ruang simpanan kargo baharu bagi menampung peningkatan aktiviti perdagangan.

Uggah berkata, aspek digitalisasi turut diberi keutamaan menerusi pelaksanaan Nota Konvoi Elektronik yang mengurangkan masa pengesahan di pintu pagar, serta pengoperasian penuh Tingkap Tunggal Maritim Malaysia bagi mempercepatkan pelepasan kapal.

“Langkah pendigital ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi, malah mengurangkan kesesakan, memperbaiki masa tindak balas dan seterusnya menjadikan pelabuhan kita lebih kompetitif,” jelasnya.

Di Miri pula, projek pembinaan latihan bund dan kerja berkaitan di Kuala Baram mencatatkan kemajuan memberangsangkan dan dijangka siap tiga bulan lebih awal daripada jadual asal, sekali gus membolehkan pemindahan operasi kargo dari Sungai Miri ke Terminal Kuala Baram.

Kerajaan negeri, katanya, turut merancang pembangunan zon bebas kawasan berkenaan bagi menyokong aktiviti perdagangan serta memperluaskan kemudahan berkaitan minyak dan gas sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi wilayah utara.

Uggah menegaskan bahawa keseluruhan agenda transformasi pelabuhan ini merupakan usaha berterusan kerajaan negeri untuk memodenkan rangkaian logistik Sarawak, selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Ini adalah pelaburan jangka panjang bagi memastikan Sarawak kekal berdaya saing, menarik pelaburan, memperkukuh rantaian bekalan dan menyokong perkembangan industri,” katanya.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak perkukuh agenda perumahan mampu milik, kajian luas SRAS dan projek SPEKTRA diteruskan
Next: Projek jalan Miri–Marudi–Mulu RM3.8 bilion bakal kurangkan masa perjalanan kepada 30 minit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.