Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: MOTS sertai MLRRC, perkukuh peranan rasmi hala tuju perundangan maritim
  • SEMASA

DUN: MOTS sertai MLRRC, perkukuh peranan rasmi hala tuju perundangan maritim

Utusan Sarawak 2 days ago
MENTERI Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin (GPS-Senadin), pada penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) kini mempunyai peranan rasmi dalam merangka hala tuju perundangan maritim negara selepas dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Semakan dan Pembaharuan Undang-Undang Maritim Malaysia (MLRRC) yang ditubuhkan Kerajaan Persekutuan.

Menurut Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin (GPS-Senadin), pelantikan tersebut membolehkan MOTS bersama Jabatan Peguam Besar Sarawak memainkan peranan aktif dalam menyemak serta mengemas kini undang-undang maritim negara agar lebih relevan, berdaya saing dan selaras dengan keperluan industri semasa dan masa hadapan.

“Pelantikan ini mencerminkan pengiktirafan Kerajaan Persekutuan terhadap peranan penting Sarawak dalam sektor maritim negara.

“Sebagai ahli jawatankuasa, MOTS akan menyumbang input dasar serta syor teknikal agar kepentingan Sarawak dan keunikan persekitaran pengangkutan sungainya dapat diwakili dalam rangka kerja perundangan maritim negara.

“Jawatankuasa berkenaan telah diluluskan oleh Jemaah Menteri Persekutuan pada 25 Mac 2025 dan dipertanggungjawabkan untuk menyemak semula undang-undang maritim sedia ada bagi memenuhi kehendak industri yang semakin berkembang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Tambah beliau, MOTS juga terus menyelaraskan pembangunan pengangkutan negeri dengan sasaran global dan dasar maritim negara sambil memastikan pelaksanaan di peringkat operasi berjalan lancar.

“Agensi di bawah kementerian saya akan terus komited dalam memastikan keselamatan pelayaran di seluruh rangkaian sungai Sarawak sentiasa terpelihara.

“Langkah ini dilihat sebagai usaha penting ke arah memodenkan undang-undang maritim negara.

“Perkara ini turut mengambil kira ciri geografi dan kepentingan ekonomi Sarawak, sekali gus memperkukuh kedudukan negeri ini dalam pembangunan dasar nasional,” jelasnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Abdullah Saidol terima kunjungan hormat Pengarah Filem Tumbukan Emas: Sapok Biki
Next: DUN: RIB 2025 diadakan di Kuching, fokus tangani ancaman rabies

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.