KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang memohon kerajaan Sarawak membina sekolah menengah di Batu Kitang.
Katanya, kanak-kanak di Padawan dan Batu Kitang terpaksa menempuh jarak yang jauh kerana tiada sekolah menengah di situ dan mencadangkan dibina di Batu Kitang.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan untuk menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) 2022 pada sidang Dewan Undangan Negeru hari ini.
Lo berkata, permintaan untuk pembinaan sekolah menengah baharu itu perlu memandangkan jumlah penduduk yanbg semakin bertambah di kawasan Batu Kitang dan Padawan.
“Saya juga ingin meminta supaya guru-guru Sarawak diberi keutamaan untuk mengajar di semua sekolah di negeri ini, selaras dengan seruan supaya autonomi pendidikan dikembalikan kepada Sarawak.
“Selain itu, balai bomba juga perlu dibina di Padawan kerana kawasan itu belum mempunyai balai bomba,” katanya
Oleh AZREEN KERIA