Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Mohamad Duri gesa tindakan segera kerajaan tangani isu infrastruktur di DUN Kalaka
  • SEMASA

DUN: Mohamad Duri gesa tindakan segera kerajaan tangani isu infrastruktur di DUN Kalaka

Utusan Sarawak 4 hours ago
Mohamad Duri semasa membahaskan RUU Perbekalan (2026), 2025 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat DUN Sarawak Ke-19, hari ini. Foto: UKAS

PETRA JAYA: Seorang penyokong kerajaan mendesak kerajaan memberi keutamaan segera kepada isu Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Bollah Kaba yang semakin daif, termasuk bangunan dan asrama yang tidak lagi selamat untuk guru dan murid.

Mohamad Duri (Kalaka-GPS) menegaskan bahawa sekolah uzur menjejaskan usaha melahirkan modal insan berkualiti, justeru kerja-kerja menaik taraf perlu dipercepatkan selepas terlalu lama tertangguh.

Masalah gangguan elektrik turut dibangkitkan apabila Saratok mengalami ‘blackout’ berulang kali, termasuk selama 22 jam. Justeru, beliau meminta kerajaan melaksanakan projek monopole line 33 kV dan menaik taraf sistem MVCC untuk memastikan bekalan stabil serta mengurangkan risiko gangguan.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026), 2025 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, hari ini.

Dalam aspek kesihatan, Mohamad Duri menegaskan Hospital Saratok berdepan kekurangan kemudahan dan pegawai perubatan sehingga pesakit terpaksa dirujuk jauh ke Sarikei. 

Beliau mencadangkan pembinaan Klinik Kesihatan Saratok bagi mengurangkan kesesakan dan memohon penempatan lebih ramai pegawai perubatan.

Menyentuh bekalan air, Mohamad Duri mengucapkan terima kasih atas pembinaan loji baharu di Lichok, namun memohon agar projek retikulasi air dan pemasangan meter diperluas ke lebih banyak kampung termasuk Lubok Nibong, Perpat dan Paloh untuk memastikan akses air bersih yang menyeluruh.

Isu banjir kilat di Pekan Saratok turut diberi perhatian kerana menjejaskan lebih 3,200 penduduk. Beliau meminta supaya pembinaan ‘monsoon drain‘ baharu dilaksana segera serta kerajaan merangka pelan induk sistem perparitan.

Dalam sektor ekonomi, Mohamad Duri meminta kerajaan membina premis perniagaan baharu untuk membantu peniaga kecil Bumiputera yang berdepan kekurangan ruang niaga selesa dan teratur.

Beliau turut berharap projek Jalan Kupang-Bajau dan Jambatan Sungai Krian Kedua yang telah diluluskan dapat disiapkan mengikut jadual tanpa penangguhan.

Mengenai Dermaga Komersial Saratok, beliau mempersoalkan kelewatan baik pulih pontun yang menyukarkan penduduk rumah panjang yang bergantung kepada pengangkutan sungai. Tindakan segera diminta bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Isu hakisan tebing sungai di Kampung Melango dan Kampung Kupang turut dibangkitkan kerana telah mengancam puluhan rumah. Beliau mendesak siasatan dan kerja mitigasi dijalankan segera untuk keselamatan penduduk.

Mohamad Duri juga menggesa Jabatan Kerja Raya (JKR) membaiki jalan utama ke Kampung Paloh yang terputus akibat ombak besar meskipun jalan alternatif telah siap dinaik taraf.

Dalam pada itu, Mohamad Duri menjelaskan, sebanyak tiga lokasi capaian internet dan telekomunikasi yang lemah di DUN Kalaka iaitu di Kali Kaba, Rumah Siti Belanda, Rumah Christopher dan Joshua. Selain itu Rumah Augustine Empayak Roban dan Kolej Tingkatan Enam Saratok dan sekitarnya.

Akhir sekali, beliau mengingatkan isu penularan judi dalam talian di kampung-kampung serta menyatakan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Saratok atas kejayaan menahan 113 individu dalam operasi dadah sepanjang November. 

Beliau turut memohon pembinaan tapak baharu untuk Balai Polis Saratok demi meningkatkan keselamatan daerah.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Banjir di Hatyai mulai surut, rakyat Malaysia kini boleh pulang
Next: DUN: Projek infrastruktur asas di Tellian perlu dipercepat demi kesejahteraan rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.